Belum Ada Keputusan Mengenai Isu Loji Rawatan Air - MB Khalid

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor belum membuat sebarang keputusan mengenai pembinaan loji rawatan air Langat 2, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

"Selangor belum buat keputusan sama ada meneruskan projek itu oleh kerana ia belum ada menerima cadangan atau tawaran menerusi rundingan, dari Kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Dewan Negeri di sini.

Khalid mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini bahawa pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkemungkinan menghadapi catuan air menjelang 2014, jika kerajaan Selangor masih enggan bekerjasama dalam pembinaan loji yang dicadangkan itu.

Beliau dilaporkan berkata catuan itu tidak saja menimbulkan kesulitan terhadap pengguna individu, tetapi juga industri.

Khalid menjelaskan kerajaan negeri mahu menyelesaikan isu berhubung pembinaan loji berkenaan bersama dengan rundingan mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor.

"Bagaimanapun, kerajaan persekutuan pula mahukan dua isu itu dibincangkan berasingan. Tetapi kami (kerajaan negeri) merasakan kedua-dua isu harus dilihat dan dibincangkan sebagai satu isu.

Khalid berkata rundingan dan perjanjian antara kerajaan negeri dan pusat dalam isu air adalah penting tetapi berpendapat operasi itu mestilah dalam satu entiti di bawah Selangor.

Beliau juga berkata Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Ramli Mahmud telah ditugaskan untuk menyelesaikan isu air itu dengan Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Dr.Halim Man. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan