17 Cawangan Umno Bahagian Jelutong Desak Zahid Selesaikan Krisis Dalaman

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Lebih 4,000 anggota daripada 17 cawangan Umno dalam Bahagian Jelutong hari ini mendesak Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelesaikan segera krisis dalaman yang dihadapi oleh Umno bahagian sejak tiga tahun lalu.

Wakil ketua-ketua Umno cawangan yang “tergantung” itu, Abdul Wahab Abdullah berkata Zahid perlu berjumpa dengan kesemua ketua dan jawatankuasa 17 cawangan terbabit supaya krisis itu tidak berlarutan dan menjejaskan persiapan pilihan raya umum ke-13 kelak.

“Kami daripada 17 cawangan Umno ini masih lagi sayangkan parti dan masih berdiri teguh di belakang Umno, jadi janganlah biarkan kami meningggalkan Umno hanya kerana tiada apa yang boleh dibincangkan lagi,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata kesemua 17 cawangan Umno itu kesal dengan tindakan kepimpinan Umno Bahagian Jelutong dan Badan Perhubungan Umno Negeri yang menfitnah kononnya status cawangan mereka tidak sah atas alasan mempunyai ahli hantu.

“Sehingga tahun ini, kami tidak menerima apa-apa surat yang menyatakan status kami tidak sah atau digantung ataupun ditangguh dan oleh itu apa yang kami lakukan adalah mengikut undang-undang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk mengadakan mesyuarat tahunan masing-masing semalam,” kata beliau.

Abdul Wahab berkata sebelum ini terdapat wakil Majlis Tertinggi (MT) Umno menjalankan siasatan mengenai dakwaan Umno Bahagian Jelutong terhadap 17 cawangan terlibat dan hasil siasatan itu mengesahkan bahawa kesemua cawangan itu mempunyai lebih 4,000 ahli sah.

“Adalah tidak logik tuduhan bahawa cawangan-cawangan kami mempunyai ahli hantu kerana jika ia benar-benar berlaku, Umno Bahagian Jelutong itu sendiri adalah tidak sah sekarang kerana kebanyakan kami adalah bekas barisan kepimpinan Umno bahagian itu dan telah pernah menghadiri persidangan perwakilan bahagian,” kata beliau yang juga bekas ketua pemuda Umno Bahagian Jelutong.

Katanya tindakan kepimpinan Umno Bahagian Jelutong sememangnya cuba melemahkan parti kerana dalam usaha Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak memperkukuhkan pengaruh Umno di kalangan rakyat, Umno Bahagian itu pula sedang menyingkir anggotanya.

Beliau berkata lebih 4,000 anggota Umno terlibat memberi tempoh sehingga hujung tahun ini dan jika MT masih tidak memberi sebarang keputusan, mereka mungkin akan membubarkan cawangan masing-masing dan keluar daripada Umno secara beramai-ramai.

Sementara itu, Ketua Bahagian Umno Jelutong, Abdul Razak Abdul Rahman berkata beliau telah menghantar surat kepada ahli-ahli daripada 17 cawangan itu untuk menyertai cawangan lain kerana Badan Perhubungan Umno Negeri telah membuat keputusan untuk menutup cawangan mereka. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan