SUB Kewangan Kementerian Penerangan Aktif Kerja Kemasyarakatan Dianugerahkan Datuk - Berita Semasa | mStar

SUB Kewangan Kementerian Penerangan Aktif Kerja Kemasyarakatan Dianugerahkan Datuk

Diterbitkan: Isnin, 12 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, K. Bala Singam yang aktif dalam kerja kemasyarakatan di negeri ini dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk oleh kerajaan Pulau Pinang.

Beliau adalah antara 900 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas yang ke-72 pada Sabtu lepas.

Bala Singam, 54, pegawai Tadbir dan Diplomatik yang menyertai perkhidmatan awam sejak 28 tahun lalu, selepas tamat pengajian dari Universiti Kebangsaan Malaysia pernah berkhidmat dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang selama 10 tahun iaitu dari tahun 1981 hingga 1982 dan kali kedua pada 1991 hingga 2000.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang selama lima tahun. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan