Pos Malaysia Akui Surat Konvensional Berkurangan

Diterbitkan: Isnin, 12 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kecanggihan teknologi emel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan perantara komunikasi elektronik lain seperti rangkaian sosial maya menyebabkan penggunaan surat konvensional semakin berkurangan.

Perkara itu diakui Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat Pos Malaysia Berhad, Datuk Rohaiza Hashim mengenai sejauh mana relevan kaedah mel itu kepada masyarakat.

Bagaimanapun beliau berkata, jumlah penghantaran surat komersial masih lagi mendapat sambutan berikutan capaian Internet di Malaysia hari ini masih terhad.

“Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk perkhidmatan surat konvensional dan memperlihatkan Pos Malaysia sebagai perkhidmatan relevan dan ekonomik kepada negara.

“Ia penting bagi komunikasi secara fizikal, malah Pos Malaysia adalah penyambung kepada komunikasi yang bersifat sentuhan peribadi,” katanya kepada Mingguan mStar, baru-baru ini.

Rohaiza ternyata menolak dakwaan mengenai persoalan mengenai peranan surat konvensional sudah tidak lagi relevan.

Menurut beliau, liputan Pos Malaysia sehingga kini adalah menyeluruh dan terus berkembang pesat serta dipercayai di bandar dan luar bandar.

Selain merujuk kepada surat konvensional, perkhidmatan pos turut kekal relevan, malah digunapakai bagi tujuan inovatif.

Sebagai contoh seperti pengenalan Direct Mail dan peningkatan jumlah penggunaan perkhidmatan bungkusan berikutan perkembangan elektronik dagang (e-dagang).

Mengenai surat konvensional yang lebih tertumpu kepada urusan lebih penting dan rasmi, Rohaiza menjelaskan surat peribadi berkurangan kerana perubahan budaya dan cara berfikir generasi muda terhadap teknologi semasa.

Namun katanya, Pos Malaysia telah menjalankan kempen khas untuk mendekati golongan muda dan meningkatkan minat menulis surat seperti penganjuran Pertandingan Menulis Surat Kepada Perdana Menteri pada tahun ini.

“Pos Malaysia akan terus menjalankan kempen dan promosi bagi menggalakkan amalan penggunaan surat sebagai salah satu medium komunikasi pilihan rakyat.

“Surat konvensional masih menjadi pilihan kerana kaedahnya mudah, murah dan cepat dan ia meliputi seluruh rangkaian serahan di Malaysia termasuk kawasan pedalaman,” ujarnya.

Cabaran Pos Malaysia adalah untuk memastikan semua surat yang dipos berjaya diserahkan kepada pelanggan mengikut piawaian serahan yang dijanjikan.

Rohaiza berkata, masalahnya berkaitan alamat tidak lengkap, peti surat tidak dikawal selia, tiada kemudahan jalan penghubung lokasi untuk serahan surat.

“Kami berusaha mengatasinya menerusi pemantauan dan latihan berterusan serta komunikasi bersama pelanggan dan pihak bertanggungjawab berkaitan,” katanya.

Pos Malaysia bukan sekadar surat

Peranan dan fungsi surat konvensional yang semakin mengecil menyebabkan Pos Malaysia Berhad sering dianggap sebagai organisasi ‘sekadar surat’.

Menolak persepsi itu, Rohaiza menjelaskan Pos Malaysia lebih dari sekadar surat dan perubahan peranan organisasi itu amat ketara pada masa ini berbanding dahulu.

Beliau berkata, perkhidmatan Pos Malaysia bukan sahaja untuk pengurusan dan penghantaran surat tetapi juga barangan kurier dan bungkusan menerusi PosLaju.

“Ini termasuk pelbagai perkhidmatan menerusi rangkaian pejabat pos di lebih 700 lokasi seluruh negara serta perkhidmatan dalam talian di www.posonline.com.my untuk transaksi menerusi Internet,” katanya.

Persepsi mengenai surat tidak lagi relevan memberi tamparan kepada perniagaan Pos Malaysia, namun beliau menjadikan pepatah Cina sebagai kekuatan organisasi itu.

“Di mana ada masalah di situ ada peluang. Justeru, kita seharusnya mencari peluang baru untuk dieksplorasi dan ini sudah tentunya akan menjadikan industri perkhidmatan mel lebih dinamik dan berdaya maju,” ujarnya.

Pos Malaysia menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat dan pada masa yang sama untuk meningkatkan keuntungan syarikat. Organisasi itu turut menaik taraf perkhidmatan seperti meningkatkan kadar penembusan perkhidmatan pos dan menambahbaik mutu perkhidmatan serahan.

Ini katanya, termasuk peningkatan kecekapan pemprosesan melalui automasi dan meningkatkan mutu khidmat pelanggan.

“Sejak diperbadankan pada 1992, Pos Malaysia masih dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran industri.

“Proses tranformasi berlaku daripada sebuah entiti pejabat pos kepada pembekal perkhidmatan logistik dan sehingga menjadi rakan kepercayaan rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau menambah, industri mel turut mengalami perubahan daripada industri berasaskan tenaga manusia kepada industri berteknologi tinggi menerusi penggunaan mesin.

Di samping itu, katanya, Pos Malaysia sedang berusaha untuk mempelbagaikan kegunaan perkhidmatan mel bagi tujuan yang inovatif kepada pelanggan.

“Ini termasuk untuk pelanggan individu dan pelanggan korporat seperti untuk perkhidmatan Direct Mail dan banyak kemudahan lain,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan