Pinda Perlembagaan BN Langkah Tepat - Syed Hamid

Diterbitkan: Isnin, 12 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Syed Hamid Albar menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) untuk meminda perlembagaannya bagi menarik sokongan lebih ramai golongan muda dalam memperjuangkan aspirasi parti itu sebagai tindakan tepat.

Syed Hamid berkata, pindaan itu diyakini dapat menarik minat lebih golongan muda untuk menyertai politik dan penyertaan lebih ramai golongan itu dapat membantu membawa BN ke tahap lebih baik.

"Golongan belia mempunyai pandangan dan idea yang berbeza dan interaksi mereka bersama ahli BN yang lebih lama mampu membawa kedudukan BN lebih jauh," katanya pada sidang media selepas membuat lawatan ke KL Sentral di sini pada Isnin.

Namun katanya, pindaan itu haruslah disertakan dengan usaha berterusan parti kompenan BN dengan mengetahui dan mendalami pemikiran mereka sejajar dengan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sudah tiba masanya kita bergerak ke arah politik yang berteraskan perspektif kebangsaan dengan mengambil kira semua pendapat dan pandangan golongan yang bakal mewarisi negara pada masa hadapan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussien yang memberitahu BN akan meminda perlembagaannya bagi menarik golongan muda memahami dan mendekati Gagasan 1Malaysia.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah menyifatkan tindakan BN untuk meminda perlembagaannya adalah sebagai satu langkah progresif.

Abu Hassan berkata, masanya sudah tiba untuk kerajaan memandang serius terhadap semua pandangan dan idea golongan muda dalam mencorakkan politik dan masa depan negara.

"Enam puluh peratus rakyat negara ini golongan belia yang berumur dalam lingkungan 21 ke 45 tahun, jadi kuasa dalam menentukan corak politik negara ini banyak bergantung kepada mereka," katanya.

Namun katanya, kerajaan harus menfokuskan pemahaman politik kepada golongan itu bagi terus menarik minat mereka selain meminda dasar sedia ada dan mula merapati golongan itu.

"Satu perkara yang perlu difahami adalah golongan muda hari ini lebih terbuka dan terdedah dengan pelbagai maklumat. Ini telah menjadikan mereka lebih radikal, dinamik dan lincah.

"Sebagai kerajaan pemerintah, BN perlu berusaha supaya golongan muda memahami politik dengan lebih baik sekaligus mendapat sokongan daripada mereka," katanya.

Katanya lagi, elemen itu penting kerana secara undang-undang golongan itu telah layak untuk mengundi sekaligus menentukan corak politik di negara ini dan tidak hairan parti pembangkang tidak mempunyai masalah dalam melibatkan golongan belia kerana dasar sedia ada memudahkan penglibatan golongan itu.

"ketidakterbukaan dalam melibatkan anak muda dalam dunia politik juga menjadi penyebab mereka tidak mendaftar sebagai pengundi dan sekaligus keluar mengundi.

"Ini kerana peluang mereka dalam politik tidak ada dan turut menjadi punca mengapa mereka beralih kepada parti pembangkang yang sememangnya bersikap terbuka kepada golongan muda," katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan