Pengarah Urusan MAS Membisu Tentang Perbincangan Dengan Airbus

Diterbitkan: Isnin, 12 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia Airlines (MAS) terus membisu tentang perbincangannya dengan Airbus mengenai kelewatan penghantaran A380.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, Tengku Datuk Azmil Zahruddin berkata, MAS masih berbincang dengan Airbus.

"Apa-apa jawapan yang saya berikan hanyalah spekulasi," katanya selepas menandatangani perjanjian dengan HCL-Axon dan SAP di sini hari ini.

Beliau, bagaimanapun, tidak mahu menjelaskan lebih lanjut.

Airbus sebelum ini dijadualkan menghantar A380 MAS pada Januari 2007 tetapi penghantaran pertama telah ditangguhkan kepada Januari 2011 berikutan penangguhan pada program pembuat pesawat itu dan kemudian sekali lagi ditangguhkan kepada Ogos 2011.

Dalam perkembangan terbaharu, MAS dijadualkan menerima A380 yang pertama pada suku kedua 2012. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan