Pemeteraian MoU Malaysia-Indonesia Mengenai Pembantu Rumah Ditangguh

Diterbitkan: Isnin, 12 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Malaysia-Indonesia mengenai pembantu rumah yang dijangkakan pada bulan ini kini ditangguhkan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam berkata penangguhan itu akibat beberapa isu yang belum dapat dipersetujui oleh kedua-dua pihak, terutama struktur yuran agen.

Sementara menunggu isu-isu itu diselesaikan, kementerian kini mengkaji langkah mengambil pembantu rumah dari Thai Selatan dan Mindanao, Filipina oleh kerana kedua-dua kawasan mempunyai majoriti penduduk Islam, katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Perkhidmatan Sosial MIC Taman Wahyu di sini hari ini.

Beliau berkata kini tiba masanya bagi Malaysia melihat negara-negara alternatif bagi mendapatkan pembantu rumah, daripada bergantung semata-mata pada Indonesia.

Bulan lepas, Dr Subramaniam berkata MoU antara Malaysia dengan Indonesia mengenai pengambilan pembantu rumah dijangka ditandatangani dalam tempoh sebulan iaitu pada Julai supaya pembekuan pembantu rumah Indonesia boleh ditarik balik.

Indonesia membekukan pembekalan pembantu rumah ke Malaysia pada Jun 2009, berikutan beberapa kes penderaan pembantu rumah dan kurangnya faedah termasuk gaji minimum bulanan dan permintaan bagi cuti rehat sehari dalam seminggu.

Bulan lepas, Kuala Lumpur dan Jakarta menandatangani Surat Hasrat bagi memberi dimensi baru terhadap pengambilan pembantu rumah di Malaysia dan kedua-dua negara bersetuju terhadap terma-terma yang dikaji semula. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan