Najib Tiba Di Brunei Untuk Lawatan Kerja Dua Hari

Diterbitkan: Isnin, 12 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini malam ini untuk lawatan kerja dua hari ke Brunei Darussalam sempena sambutan ulang tahun ke-64 keputeraan Sultan Hassanal Bolkiah.

Beliau, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, disambut oleh Menteri Pembangunan Brunei Dato Seri Setia Awang Suyol Awang Osman sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dengan pesawat khas dari Kuala Lumpur.

Turut dalam rombongan ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Esok, Najib akan dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Dihormati (D.K) yang membawa gelaran Dato Laila Utama, oleh Paduka Sultan, yang juga Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Bintang tersebut dikurniakan oleh Sultan kepada kerabat diraja atau ketua negara sahaja atas dasar perhubungan erat kedua-dua negara seperti Malaysia dan Brunei yang berjiran, selain menjadi negara anggota Asean.

Majlis penganugerahan itu diadakan di Istana Nurul Iman, dimana Najib juga akan menghadiri majlis santapan tengah hari sebelum bertolak ke Kota Kinabalu, Sabah.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Ku Jaafar Ku Shaari berkata bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga akan menerima penganugerahan Brunei yang cukup tinggi itu di sini pada Khamis ini.

Sepanjang jalan raya dan kawasan utama di sekitar ibu kota ini dicahayai lampu berhias penuh warna warni sebagai sambutan hari keputeraan Sultan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan