Menteri Kesal Kerajaan Selangor Abai Kebajikan Belia

Diterbitkan: Isnin, 12 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek kesal dengan sikap kerajaan Selangor yang dikatakan tidak memberi sokongan kepada persatuan dan pertubuhan belia di negeri itu melaksanakan aktiviti mereka.

Beliau berkata, pihaknya mendapat banyak aduan daripada persatuan belia bahawa mereka mengalami kesukaran untuk menyewa kemudahan seperti bangunan dan dewan dan turut dikenakan sewa yang lebih tinggi berbanding ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah negeri itu.

"Mereka (kerajaan negeri) tidak boleh diskriminasi kerana bukan mereka yang bina kemudahan itu...sekarang dia rasa dia ada kuasa dan tidak memberi kemudahan kepada persatuan belia dengan mengenakan caj lebih mahal.

"Kerajaan Persekutuan dah buat stadium baru, padang baru tetapi kita tidak nampak mereka buat perkara yang sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Hari Belia Selangor dan melancarkan Kempen 1Belia 1Malaysia di sini malam Ahad.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Sehubungan itu, Ahmad Shabery berkata, kementerian akan mengumpul maklumat untuk mencari aternatif lain bagi membolehkan persatuan belia di negeri itu menjalankan program mereka tanpa kekangan daripada kerajaan Selangor.

Noh ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata, pertubuhan belia seperti Majlis Belia Selangor (MBS) ditubuhkan semasa BN memerintah dan pada masa itu MBS diberi peruntukan RM1 juta untuk melaksanakan aktiviti belia serta diberi kebenaran menggunakan kemudahan secara percuma.

"Sekarang ini, saya difahamkan MBS terpaksa bayar sewa di bangunan kompleks belia sebanyak RM4,000 sebulan dan setakat ini kerajaan negeri tidak beri apa-apa peruntukan pun kepada MBS," katanya.

Terdahulu ketika berucap merasmikan perhimpunan itu, Ahmad Shabery berkata, kementerian merancang mengadakan sambutan hari belia tahun depan lebih awal bagi membolehkan setiap negeri mengadakan sambutan hari belia masing-masing sebelum kemuncak sambutan peringkat kebangsaan diadakan.

"Perancangan ini bagi membolehkan kita mengumpul seramai satu juta belia untuk meraikan sambutan hari belia peringkat kebangsaan di Putrajaya tahun depan.

"Kita nak golongan belia faham bahawa ada satu tempat yang begitu tepat untuk mereka berkumpul dan melakukan aktiviti," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan