Malaysia Airlines Mahu Labur Lebih RM320 Juta Dalam Penyelesaian ERP

Diterbitkan: Isnin, 12 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia Airlines akan melabur lebih RM320 juta mendapatkan penyelesaian bagi menyelaraskan operasi dan memaksimumkan keefisienan perniagaan, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tengku Datuk Azmil Zahruddin hari ini.

Sistem Perancangan Sumber Enterpris (ERP), yang akan dilaksanakan di dalam beberapa fasa, akan membantu memusatkan kesemua data dan meningkatkan keupayaan syarikat penerbangan itu bagi mendapatkan meklumat masa sebenar.

Ini, kata Tengku Azmil akan membolehkan pencapaian keefisienan kos yang lebih meluas, menambah baik langkah membuat keputusan dan produktiviti para pekerja serta mengoptimumkan pengurusan tunai.

"Manfaat keseluruhan dijangka diperolehi dari projek itu dianggarkan lebih RM120 juta setahun," katanya kepada pemberita selepas majlis penandatanganan dengan rakan kongsinya -rakan, HCL Axon dan SAP sini.

"Kami menjangka mendapat manfaat penuh sebaik kesemua modul siap dilaksanakan dan beroperasi sepenuhnya. Kami melakukannya mengikut beberapa fasa. Kami mempunyai fasa pemerolehan pembiayaan dan fasa penyelenggaraan pembaikan dan rombak rawat," katanya.

"Ia adalah satu sistem bersepadu yang akan mempercepatkan dan membolehkan kami mempunyai keputusan yang lebih baik. Kami menjangka mencatatkan perolehan dan melakukan penjimatan kos," katanya.

Tengku Azmil berkata syarikat penerbangan itu telah memilih HCL Axon dan SAP untuk menyepadukan fungsi pemerolehan kewangan dan sumber manusianya serta operasi kejuruteraan dan penyelenggaraan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Subang di dalam dua fasa dari 2010 hingga 2012.

Katanya syarikat penerbangan itu akan menggantikan banyak sistem peninggalan tugasan kendiri sedia ada dengan penyelesaian khusus industri SAP dan produk perisian iMRO v4.0 yang dibina, yang melangkaui dan menambah baik aplikasi SAP ERP.

Sistem itu akan menguruskan kesemua kerja perancangan penyelenggaraan, operasi kejuruteraan, kawalan kualiti dan rantaian bekalan.

Skopnya akan meliputi armada pesawat MAS, yang termasuk 115 pesawat, 319 enjin dan enam juta alat ganti dan penyelesaian bersepadu berkenaan yang akan berkhidmat untuk 3,000 pengguna, yang termasuk mekanik pesawat.

Fasa ini dirancang untuk disiapkan menjelang suku ketiga 2012.

Projek global melibatkan penggantian sistem peninggalan di dalam bidang pembiayaan dan pemerolehan di kesemua pejabat Malaysia Airlines di seluruh dunia, kata Tengku Azmil.

Fasa ini dijangka disiapkan menjelang suku kedua 2011, katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan