Cadangan Lebih Ramai Pegawai Polis Dihantar Lanjut Pelajaran Di USM

Diterbitkan: Isnin, 12 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang untuk menambah bilangan pegawainya melanjut pelajaran ke peringkat pascasiswazah dalam bidang Sains Forensik di Universiti Sains Malaysia (USM).

Komandan Maktab PDRM, Datuk Shahbudin Abdul Wahab berkata USM kini hanya menerima tiga pegawai PDRM untuk mengikuti kursus berkenaan.

"Kita telah menghantar kertas cadangan kepada pihak USM dan telah mendapat maklum balas positif bagi menambah jumlah pegawai kita yang akan melanjutkan pelajaran dalam program Sains Forensik.

"Sekarang kita hanya menunggu kata putus dari Ketua Polis Negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shahbudin berkata pegawai PDRM yang berminat untuk mengikuti kursus ini, perlu mempunyai kelulusan ijazah pertama dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau berkata seramai 26 pelajar USM akan mengikuti latihan praktikal dalam bidang kriminalistik, toksikologi, dadah dan DNA selama empat bulan dengan PDRM.

Para pelajar tersebut disambut di maktab berkenaan di sini hari ini.

"Kita telah menjalin kerjasama dengan USM sejak 2003 dan dengan latihan praktikal forensik yang berjalan selama satu semester ini, ia akan mengukuhkan kemahiran dan mutu pengajian Sains Forensik USM serta pendedahan teknologi terkini bidang berkenaan kepada para pelajarnya," kata Shahbudin. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan