UMNO Parit Buntar Sokong Inisiatif, Pendekatan Diambil Presiden Parti

Diterbitkan: Ahad, 11 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PARIT BUNTAR: Umno Bahagian Parit Buntar hari ini menyokong segala inisiatif dan pendekatan yang diambil oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan kepimpinan parti dalam proses transformasi politik dan ekonomi negara untuk capai status negara maju menjelang 2020.

Umno Bahagian itu juga mengesa kerajaan dan parti supaya terus mengambil langkah tertentu untuk memastikan agar orang Melayu dan Bumiputera lain, selaku penduduk asal dan golongan majoriti di negara ini, kekal mewarisi kuasa politik negara serta menikmati faedah sewajarnya dalam Malaysia maju dan berpendapatan tinggi.

Ini adalah antara empat usul yang diluluskan dalam persidangan perwakilan bahagian itu di sini hari ini. Usul dibentangkan oleh ahli jawatankuasa bahagian Datuk Abdul Rahman Sulaiman.

Umno Bahagian Parit Buntar turut mengutuk sekeras-kerasnya sebarang usaha pihak tertentu untuk merombak Perlembagaan Persekutuan atau mengganggu-gugat sebarang peruntukan di dalamnya yang telah dipersetujui bersama oleh pemimpin awal negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan