Tindakan Tegas Terhadap Perwakilan Tidak Hadir Perhimpunan Agung MIC

Diterbitkan: Ahad, 11 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIC akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota perwakilan yang gagal menghadiri perhimpunan agung tahunan parti, kata Presidennya Datuk Seri S. Samy Vellu.

"Kita ada perwakilan 1,500 orang, daripada jumlah itu hanya 870 orang yang ada di sini... saya ingat mereka sudah pergi makan angin di Kuala Lumpur.

"Saya sudah minta nama anggota perwakilan diambil dan surat meminta penjelasan akan dihantar kepada mereka," katanya kepada pemberita semasa waktu rehat perhimpunan dua hari itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pada Ahad.

Menurutnya, jika penjelasan mereka tidak memuaskan, tindakan yang setimpal akan diambil oleh parti itu.

Sementara itu, katanya, perhimpunan petang ini akan membincangkan isu ekonomi di kalangan masyarakat India, langkah memperkuatkan parti serta cara membawa kemenangan kepada Barisan Nasional(BN) pada pilihan raya umum ke-13.

"Kita juga perlu membawa banyak perubahan dalam parti ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan