Sistem Sukuk Dalam Projek Menaik Taraf Kem Tentera

Diterbitkan: Ahad, 11 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kementerian Pertahanan bercadang menggunakan sistem sukuk dalam pembayaran kepada syarikat kontraktor yang terlibat dalam kerja menaik taraf 100 kem tentera dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem itu akan dilaksanakan sekiranya diluluskan Kementerian Kewangan dan Unit Kerjasama Awam dan Swasta.

"Kita mahu sesuatu projek itu disiapkan lebih cepat iaitu dalam tempoh 36 bulan dari tarikh permulaan kerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tangga Batu di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Ketua Umno bahagian Tangga Batu Datuk Idris Haron. Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno, berkata kerja mengubahsuai dan menaik taraf 100 kem itu dengan peruntukan kira-kira RM3.5 bilion, turut melibatkan pembinaan rumah kediaman untuk anggota tentera dan menaik taraf prasarana lain seperti wisma pahlawan, wisma bentara, bangunan pentadbiran dan pusat latihan.

Beliau berkata projek jangka panjang itu yang akan memberi imej baru kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dimajukan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melalui Perbadanan Perwira Harta dan antara syarikat kontraktor ialah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

"Kita juga akan menggunakan kaedah Sistem Binaan Industri (IBS) yang mampu mempercepatkan sesuatu bangunan itu disiapkan," katanya.

Terdahulu semasa berucap pada perasmian itu, Ahmad Zahid mahu anggota dan pemimpin Umno meningkatkan ilmu pengetahuan termasuk menguasai bahasa Arab dan tafsir ayat Al-Quran, agar mereka tidak mudah diperdaya oleh pembangkang yang menggunakan agama untuk kepentingan politik.

Beliau juga menggesa pemimpin Umno di peringkat bahagian dan cawangan lebih kerap menemui rakyat bagi mengetahui masalah yang mereka hadapi dan segera menyelesaikannya.

Katanya pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain juga perlu bekerja keras mulai sekarang bagi meraih sokongan rakyat bukan Melayu bagi memastikan mereka mengundi BN pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan