PAS Mahu Anjur Himpunan Bersih Kedua

Diterbitkan: Ahad, 11 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS akan mengadakan himpunan kedua Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) secara besar-besarnya sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengendahkan cadangan supaya suruhanjaya itu mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) secara telus dan adil.

Timbalan Pemuda PAS, Ahmad Shapawi Rani berkata sekiranya SPR masih berdegil, PAS akan mengerahkan jentera mereka daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang dengan ahli seramai 1 juta orang sebaik sahaja kerajaan membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU13 berlangsung.

“Kami mahu SPR mengkaji semula serta menerima cadangan yang dikemukakan dalam memorandum yang telah dihantar oleh Bersih kepada mereka,” katanya kepada mStar Online di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin di beberapa blog yang mendakwa Bersih akan mengadakan demonstrasi dalam tempoh terdekat.

Pertubahan bukan kerajaan itu telah beberapa kali menghantar memorandum mendesak suruhanjaya berkenaan menghapuskan undi pos, sistem pendaftaran automatik serta penggunaan dakwat kuku bagi menggantikan sistem sedia ada.

Mengulas lanjut, Shapawi yang juga Setiausaha Kerja Bersih berkata pihaknya amat berharap agar SPR mengambil serius cadangan yang telah dikemukakan oleh Bersih demi menjamin sistem pilihan raya yang lebih telus dan adil kepada rakyat di negara ini.

“Seperti yang kita tahu pengunaan dakwat kuku bagi menggantikan sistem mengundi secara manual sangat berkesan kerana ia dapat menjamin satu proses pilihan raya yang lebih telus dan adil.

“Proses seperti ini adalah untuk kebaikan bersama tidak kira sama ada mana-mana parti politik mahupun rakyat secara keseluruhannya,” ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan