Musa Aman Yakin Rakyat Sabah Akan Tolak Pakatan Rakyat

Diterbitkan: Ahad, 11 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata beliau yakin rakyat negeri itu akan menolak Pakatan Rakyat (PR) yang bercita-cita mahu merampas negeri tersebut daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Katanya, rakyat Sabah sudah matang dan tahu membezakan apa yang baik untuk mereka dan tidak mudah mempercayai pembangkang yang selalu berbohong untuk mendapatkan sokongan rakyat.

"Kita sudah ingatkan rakyat supaya jangan mudah terpedaya dengan pembangkang yang cuba untuk mendapat tempat di Sabah.

"Rakyat Sabah lebih yakin kepada BN yang ditunjangi UMNO," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Muar di Dewan Jubli Intan di sini hari ini.

Hadir sama pada perasmian itu ialah Ketua Umno bahagian tersebut, Datuk Mohd Ismail Mohd Shah, anggota Parlimen Muar dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta Ketua Pemuda Umno bahagian Muar, Datuk Razali Ibrahim dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Negeri Johor, Dr Robia Kosai.

Musa berkata, kerajaan negeri sedar ada usaha pembangkang untuk mendapat tempat di Sabah pada pilihan raya umum akan datang tetapi beliau yakin pengundi-pengundi Sabah tidak mudah terpedaya dengan janji kosong mereka.

Beliau berkata BN Sabah sendiri sentiasa bekerja keras selepas pilihan raya umum lalu dengan lebih banyak mendekati rakyat dan membantu mengatasi masalah mereka menerusi pendekatan.

Pendekatan tersebut akan dapat membantu BN mengekalkan kuasa di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang seperti kini kerajaan Sabah membahagi-bahagikan tanah kepada rakyat secara berkelompok agar dapat diperturunkan kepada anak cucu mereka asalkan ia tidak dijual kepada orang lain.

Beliau berharap langkah tersebut akan dapat membantu rakyat memiliki tanah dan membangunkannya untuk meningkatkan pendapatan mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan