Misi Bantuan Kemanusiaan PBSMM Berlepas Ke Gaza

Diterbitkan: Ahad, 11 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Hampir 4,000 kanak-kanak Palestin akan mendapat manfaat daripada misi bantuan kemanusiaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) ke Gaza yang akan berlepas malam Sabtu.

Ketua Misi berkenaan, Datuk Dr Bahari Mansor berkata misi itu bersandarkan kepada sumbangan berjumlah RM1.7 juta yang didermakan oleh rakyat negara ini.

Katanya sumbangan itu digunakan antaranya untuk membeli kaki palsu, ubat-ubatan, peralatan bilik pembedahan dan peralatan sekolah.

"Misi kali ini selain membantu menyampaikan peralatan yang telah dibeli, juga khusus bagi memantau siri bantuan dan projek yang dijalankan bersama PBSM Palestin," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam Sabtu.

Dr Bahari yang juga Naib Presiden PBSMM, berkata beliau positif misi ini akan berakhir dengan kejayaan berikutan kerjasama erat dan hubungan rapat yang dimeterai bersama PBSM Palestin.

PBSM, katanya adalah pertubuhan bebas yang tidak berpegang kepada sebarang agenda politik, sekali gus merupakan satu kelebihan yang akan membebaskan mereka daripada sebarang komplikasi.

"Kami telah memperoleh segala permit yang diperlukan dan Insya-Allah, kemasukan ke Gaza tidak akan berdepan sebarang masalah," katanya.

Misi itu disertai oleh sembilan sukarelawan yang akan berlepas ke Kaherah dengan menaiki penerbangan Egypt Air pada pukul 1.30 pagi ini.

Selain menyampaikan bantuan, kumpulan sukarelawan berkenaan turut dijangka melawat Hospital Al-Quds dan Hospital Al-Amal di Gaza.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Publisiti PBSMM Datuk Ahmad A Talib berkata mereka dijangka mengadakan perbincangan bersama pentadbir Gaza bagi mendapatkan senario terkini di wilayah itu.

"Kita juga telah aturkan pertemuan dengan beberapa pakar yang khusus menangani aspek trauma dan konflik untuk membantu rakyat Palestin daripada aspek lain juga," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan