Bapa Saudara Khairy Jamaluddin Meninggal Dunia

Diterbitkan: Ahad, 11 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bapa saudara kepada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, Datuk Ahmad Ghazi Abdul Hamid meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat serangan jantung.

Ahmad Ghazi, 67, bekas Presiden Persatuan Koperasi Malaysia Bhd dan bekas Pengarah Maktab Kerjasama Malaysia meninggal dunia pada pukul 3.30 petang setelah dimasukkan ke hospital itu sejak 16 hari lalu selepas koma, menurut keluarga terdekatnya.

Beliau berkata jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumah ibu Khairy, yang merupakan kakak Ahmad Ghazi, Datuk Rahmah Abdul Hamid di 36, Jalan Setia Bistari, Bukit Damansara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Isyak malam ini.

Allahyarham yang berkahwin dengan Datin Hasmah Abdul Hamid dikurniakan empat orang anak iaitu Adli, Aidi, Anisah dan Adilla.

Ahmad Ghazi yang berkelulusan sarjana sastera dari University of Ohio, Amerika Syarikat pernah bertugas sebagai guru, pensyarah Institut Teknologi Mara(ITM) dan perunding di MIDF Industrial Consultant sebelum dilantik sebagai Pengetua Maktab Kerjasama Malaysia dari tahun 1979 sehingga beliau bersara pada tahun 1998. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan