Bantuan Kemanusiaan Kepada Rakyat Palestin Mesti Diteruskan

Diterbitkan: Ahad, 11 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bantuan kemanusiaan termasuk inisiatif seperti Freedom Flotilla kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza mesti diteruskan kerana usaha ini dapat menarik perhatian dunia terhadap keadaan tidak berperikemanusiaan di Palestin.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata bantuan kemanusiaan mesti diteruskan dengan usaha bersepadu untuk disampaikan kepada rakyat Palestin yang terkepung di Gaza.

"Usaha bantuan kemanusiaan ini, yang tidak lagi memberikan toleransi terhadap kekerasan, penderaan dan tidak menghormati undang-undang dan konvensyen antarabangsa," katanya pada persidangan Antarabangsa "Memecahkan Kepungan:Berlandaskan Semangat Rachel Corrie dan Mavi Marmara" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau merayu pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan amal untuk terus menyediakan bantuan kemanusiaan kepada Palestin bagi memastikan sumbangan yang sangat diperlukan itu diperoleh oleh rakyat wilayah itu yang kini dalam kepungan.

"Kita mesti terus mememberikan perhatian terhadap masalah ini, dengan menjadikan isu bahawa dunia tidak boleh dan mesti tidak mengabaikannya," tambah beliau.

Rosmah yang merupakan salah seorang anggota panel pada persidangan itu, berkata usaha untuk menamatkan kepungan itu mestilah diteruskan, proses membaiki semula dan pembinaan semula infrastruktur yang telah musnah juga mestilah diteruskan agar rakyat Palestin boleh menikmati kehidupan seperti biasa.

"Sebagai seorang isteri, sangat menyayatkan melihat suami-suami dan isteri-isteri dipisahkan dinafikan kasih sayang. Sebagai seorang ibu sangat menyedihkan melihat kesengsaraan kanak-kanak yang tidak ada penghujungnya, tanpa kasih sayang dan perhatian ibu bapa.

"Seperti kanak-kanak lain di seluruh dunia, kanak-kanak Palestin juga memerlukan hak untuk mendapatkan pendidikan, penjagaan kesihatan, air bersih, keselamatan, rumah dan keluarga yang selesa dan baik.

"Malangnya kanak-kanak Palestin ditinggalkan tanpa kemudahan asas, terpaksa tinggal dalam keadaan terancam dan khemah sementara yang amat buruk di kem pelarian tanpa ada harapan dan masa depan yang cerah, sedangkan mereka sepatutnya bergembira, penuh dengan ketawa dan kasih sayang," tambah beliau.

Rosmah juga menggesa semua NGO Malaysia bekerja keras sesama sendiri dan memperluaskan kerjasama dan rangkaian dengan pelbagai pertubuhan dan fahaman antarabangsa dalam menangani isu itu.

"Perkongsian itu akan menambah impetus dan bahan untuk mencapai hasrat terhadap masalah itu dengan menubuhkan satu entiti yang mampu menghadapi tekanan atau pengaruh luar dalam menjalankan misi kemanusiaan," kata beliau.

Katanya media global, kedua-dua elektronik dan cetak mestilah memainkan peranan aktif untuk terus menyiarkan dan mendedahkan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

"Kita mesti ada semua bentuk teknologi komunikasi moden untuk melahirkan kebimbangan kita dan untuk sampai kepada semua di seluruh dunia serta di Palestin dan Israel, untuk bangkit dan bersatu mengutarakan hasrat kita dalam membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin," kata beliau.

Beliau juga menyeru rakyat Palestin untuk kuat sesama sendiri dan bercakap dalam satu suara rakyat Palestin yang bersatu.

"Ini bukan satu langkah kecil sebagai elemen utama untuk meletakkan satu pasukan padu, berkesan yang bergerak dari dalam wilayah yang dikepung itu. Tidak ada perpaduan, bukan hanya melemahkan suara rakyat Palestin tetapi juga tidak menggalakkan masyarakat antarabangsa membantu mereka mencapai hasrat bersamanya.

"Dunia mestilah menggesa untuk bertindak bagi Palestin, kira harap dan berdoa agar rakyat Palestin sendiri bersatu padu untuk membina sebuah negara Palestin yang maju, makmur, stabil dan kekal merdeka," katanya.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO) sebagai perantara pada panel itu.

Anggota penal lain adalah Duta Turki ke Malaysia Serap Attay, Timbalan Ketua Perwakilan Iran di Malaysia Dr M.S.Dolatabadi dan Ketua Wakil Misi Liga Negara-negara Arab di New Delhi, India Dr Ahmed Salem Saleh Alwahishi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan