Ahmad Said Beri Amaran Penjawat Awam Salah Guna Kuasa

Diterbitkan: Ahad, 11 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Menteri Besar Datuk Ahmad Said memberi amaran kepada penjawat awam di Terengganu supaya tidak menyalah guna kuasa, jika tidak mahu berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Beliau berkata beliau menerima aduan dan laporan bahawa terdapat perbuatan salah guna kuasa dalam beberapa jabatan kerajaan negeri.

"Saya beri amaran, jika berterusan perkara ini berlaku, saya sendiri akan turun bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membuat pemeriksaan mengejut," katanya ketika ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama penjawat awam bagi Daerah Kemaman hari ini.

"Kita memikul amanah, jadi kita perlu berhati-hati dalam apa jua tindakan kita, jangan sampai kita diheret ke penjara kerana gagal melaksanakan amanah.

"Saya juga mahu semua urusan rakyat disegerakan dan jangan dilengahkan. Malah kita harus beri perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat," katanya.

Mengulas lanjut kepada pemberita kemudiannya, Ahmad berkata beliau telah memaklumkan mengenai aduan salah guna kuasa tersebut kepada ketua jabatan berkenaan.

Beliau turut meminta penjawat awam tidak mensabotaj kerajaan dengan menyebarkan dakyah yang tidak betul mengenai dasar-dasar kerajaan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan