Tidak Hairan Jika Anwar Biaya Temu Bual Dengan CNN - Shafie

Diterbitkan: Sabtu, 10 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bukan sesuatu yang menghairankan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim membiayai program temu bualnya dengan Cable News Network (CNN) baru-baru ini dalam usaha untuk meyakinkan kembali para pelobi Yahudi bahawa beliau bukannya anti-Yahudi.

Beliau berkata bagi mereka yang mengenali Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, akan tahu ia sesuatu yang tidak mustahil dan boleh dibuat Anwar.

"Jika benar Anwar membiayai temu bualnya dengan CNN itu, ia menunjukkan beliau tunduk kepada Amerika Syarikat dan Yahudi...dia akan lakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya untuk jadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Besut di sini, hari ini.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengulas dakwaan Presiden Trevino Strategies and Media Inc, Joshua Trevino bahawa Anwar telah menggunakan lobi rangkaian sahabatnya di CNN, bagi menaikkan semula imejnya di kaca mata dunia.

Trevino yang dipetik melalui tulisan di The New Ledger berkata perjalanan wawancara itu dikendalikan dan soalan yang dirancang, jelas bertujuan menjayakan misi Anwar untuk menambat semula sokongan pelobi Yahudi.

Dalam rancangan temu bual Connector of the Day terbitan CNN itu, minggu lalu, Anwar mengambil peluang itu untuk memburukkan negara selain turut mempertikaikan kewibawaan sistem kehakiman negara.

Anwar juga mendakwa pemerintahan negara yang ditunjang oleh Umno mengamalkan sistem pentadbiran korup hingga menyebabkan jurang antara rakyat semakin jauh.

Baru-baru ini, akhbar Washington Post melalui tulisan kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl, mendedahkan bahawa Anwar berada di Washington pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok Yahudi.

Kunjungan Anwar itu dibuat selepas ketua pembangkang tersebut yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan ramai tokoh Yahudi dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau sebagai anti-Yahudi dalam isu APCO Worldwide.

Sementara itu, di SHAH ALAM, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata tugas utama Umno dalam senario politik negara kini adalah menangkis dan menjawab segala fitnah dan berita palsu dilemparkan parti pembangkang terhadap pucuk pimpinan negara dan institusi kerajaan. "Langkah ini perlu ekoran kekeliruan dan pembohongan yang ditimbulkan pembangkang melalui media terhadap institusi kerajaan seperti Felda yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

"Kita perlu melihat perkara ini secara serius dan memaklumkan kepada orang ramai terhadap pembohongan itu agar mereka tidak mudah terpengaruh," kata Mustapa ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Shah Alam.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata dan amalan fitnah kini dilihat semakin berleluasa melibatkan pemimpin pembangkang seperti menuduh kerajaan menyokong Yahudi, Felda bankrap dan sebagainya.

Beliau menyifatkan tindakan pemimpin pembangkang yang membuat fitnah itu merupakan strategi politik terdesak yang digunakan mereka untuk melemahkan kepimpinan Barisan Nasional (BN). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan