Rais Mahu Pasukan Sukarelawan Diwujudkan Dalam Umno

Diterbitkan: Sabtu, 10 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Umno perlu mewujudkan lebih banyak pasukan sukarelawan bagi memastikan perjuangan parti sampai ke peringkat akar umbi, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata semangat sukarelawan di kalangan pemimpin Umno di setiap peringkat harus disuburkan kembali dalam usaha memastikan semua program parti dapat memberi manfaat kepada anggota Umno dan rakyat keseluruhannya.

"Kita dapati bahawa kesukarelawanan dalam perjuangan (Umno membela nasib rakyat) dilihat agak sedikit dan tidak menyerlah sedangkan kemerdekaan tanah air kita dan pencapaian ulung di negara ini menerusi perjuangan menampilkan sifat-sifat kesukarelawanan.

"Dalam Umno pun kita rasa perlu hidupkan semula (semangat sukarelawan). Kita berpandangan bahawa perjuangan seperti didukung parti politik mesti mempunyai sampingan dalam projek-projek sukarelawan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kapar dekat sini.

Rais berkata langkah untuk mewujudkan pasukan ataupun kumpulan sukarelawan akan membantu Barisan Nasional yang diterajui Umno untuk merampas kembali negeri Selangor daripada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam perkembangan lain, Rais yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, mengingatkan orang Melayu dan masyarakat luar bandar supaya meningkatkan pencapaian komunikasi mereka menerusi khidmat jalur lebar dan internet.

Beliau berkata kementerian menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan memperbanyakkan program bagi tujuan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan