PM Syor Syarikat Automotif Bergabung

Diterbitkan: Sabtu, 10 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengesyorkan supaya syarikat industri automotif di negara ini melakukan penggabungan bagi meningkatkan kemampuan dan daya saing yang lebih kompetitif.

Beliau berkata, penggabungan berkenaan dapat mengurangkan bebanan pengeluaran yang dialami syarikat peneraju industri automotif negara iaitu Proton.

"Sekiranya kapasiti yang berlebihan merupakan kekangan yang dialami syarikat-syarikat automotif, apakah patut dilakukan proses untuk menggabungkan syarikat-syarikat automotif dalam Malaysia supaya akan wujud syarikat yang lebih kuat atau lebih besar serta lebih berkemampuan," katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Gala Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-25 Proton di sini, Jumaat.

Hadir sama pada majlis itu ialah Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Proton, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Selain itu Perdana Menteri berkata, syarikat-syarikat automotif di negara ini perlu berani melakukan transformasi bagi mencapai kejayaan yang lebih memberansangkan.

"Hanya syarikat yang berinovasi serta sanggup dan berani melakukan perubahan dan mempunyai moral perniagaan yang tinggi akan benar-benar berjaya," katanya.

Tambah Najib lagi, bagi memastikan Proton terus maju, syarikat itu perlu melakukan penyusunan semula struktur dalamannya terutama sekali dengan menggabungkan kekuatan yang ada dalam syarikat berkenaan.

"Saya ingin mengesyorkan supaya Proton melihat kepada segala kekuatan yang ada dalam Proton dan syarikat Lotus untuk digabungkan melalui proses penyusunan semula dalaman dan mewujudkan beberapa strategi perniagaan yang lebih unik.

"Jika proses penyusunan semula ini berlaku, maka Proton akan dapat memaksimakan segala kemahiran dan teknologi yang ada padanya serta meletakkan asas untuk mampu bersaing pada tahap yang lebih tinggi," katanya.

Pada majlis yang sama, Najib turut melancarkan edisi khas bagi kereta Proton Saga, Persona dan Exora.

Ketiga-tiga model berkenaan hanya akan dikeluarkan sebanyak 25 unit dan tempahan boleh dibuat mulai 12 Julai di semua bilik pameran Proton di seluruh negara.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan