Permit Masuk Pembantu Rumah Bakal Dilonggarkan

Diterbitkan: Sabtu, 10 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Tourism Malaysia menjangkakan keputusan kerajaan Malaysia melonggarkan peraturan masuk terhadap pembantu rumah yang melakukan perjalanan bersama majikan mereka ke Malaysia akan mendapat respons positif.

Ini terutamanya membabitkan pelancong, lebih-lebih lagi dari pasaran Timur Tengah, yang sering melakukan perjalanan bersama keluarga dan pembantu rumah.

Peraturan baru itu berkuat kuasa pada 21 Mei, kata agensi penggalakan pelancongan itu dalam satu kenyataan.

Pas khas akan dikeluarkan secara percuma kepada pembantu rumah sebaik tiba di kaunter imigresen Malaysia di semua pintu masuk negara ini, tertakluk kepada terma dan syarat tertentu.

Kenyataan itu menyebut majikan perlu menaja lawatan pembantu rumah itu dengan mengisi borang "Permohonan Visa waktu Ketibaan Imm. 47" di semua pintu masuk ke Malaysia.

Pembantu rumah terbabit mesti memasuki Malaysia bersama-sama majikan mereka dan bukan pada masa atau tarikh yang berlainan.

Peraturan itu turut menetapkan bahawa cap visa waktu ketibaan perlu ditandakan pada pasport atau dokumen perjalanan pembantu rumah.

"Tempoh lawatan pembantu rumah ke Malaysia perlu diselaraskan dengan pas lawatan sosial majikan," menurut kenyataan itu lagi.

Mereka yang bercadang melakukan lawatan boleh menghubungi kedutaan Malaysia yang berhampiran atau melayari www.imi.gov.my untuk maklumat lanjut. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan