Najib Beri Penghormatan Kepada Penasihat Proton, Tun M

Diterbitkan: Sabtu, 10 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini memberi penghormatan kepada penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merupakan pencetus idea kepada kelahiran kereta nasional negara, Proton.

Katanya tanpa berkat iltizam politik yang kuat dan semangat gigih Dr Mahathir, Proton tidak mungkin akan wujud dan mencapai kejayaan seperti yang diraikan hari ini.

"Tidak keterlaluan kalau disebut Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan pencetus kepada idea untuk melahirkan kereta nasional melalui Proton.

"Oleh itu, saya sebagai wakil kerajaan dan rakyat Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana kepimpinan beliau yang telah menjadi asas kepada kejayaan Proton," katanya pada majlis makan malam gala sempena sambutan ulang tahun ke-25 Proton di sini pada Jumaat.

Turut hadir pada acara gilang gemilang itu ialah Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor.

Perdana Menteri berkata pengeluaran kereta Proton Saga pada tahun 1985 juga merupakan titik tolak permulaan industri automotif negara.

"Siapa sangka, inisiatif yang pada ketika itu dibenihkan ideanya 25 tahun lalu, mendapat begitu banyak pandangan sinis dan kritikan ketidakyakinan daripada ramai pihak, kini bukan sahaja telah berusia 25 tahun, tetapi lebih daripada itu, telah banyak membuktikan kemampuan dan keupayaannya sehingga kini menjadi satu kebanggaan kita rakyat Malaysia," katanya.

Pada acara itu juga, Proton Holdings Berhad turut meraikan 651 pekerja perintisnya yang telah bersama-sama memulakan operasi syarikat itu pada 1983.

Sasterawan terkenal Prof Madya Dr Lim Swee Tin turut mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk "Meluncur di Aspal Masa" yang menggambarkan perjalanan Proton sepanjang 25 tahun.

Sempena dengan ulang tahun itu, Najib turut melancarkan kereta peringatan, yang akan dibuka bagi tempahan mulai Isnin, yang terdiri dari model Saga, Persona dan Exora dengan hanya 25 unit bagi setiap model akan disediakan.

Perdana Menteri turut melancarkan buku meja kopi bertajuk "A Saga: Proton's 25th-Year Story" yang ditulis oleh Datuk Abdul Kadir Jasin.

Dalam majlis yang sama, pengeluar kereta nasional itu turut menyampaikan sumbangan RM25,000 setiap satu kepada 25 pertubuhan amal terpilih.

Rosmah turut menyampaikan replika cek bernilai RM25,000 setiap satu kepada tiga badan amal yang hadir iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin, Persatuan Thalassemia Malaysia dan Persatuan Orang-orang Cacat Anggota Malaysia.

Tabung amal itu merupakan sebahagian daripada program ulang tahun ke-25 Proton, yang menyaksikan RM25 diikrarkan bagi setiap kereta Proton yang terjual dari 22 April hingga 30 Jun, 2010.

Sementara itu, majlis yang dihadiri hampir 2,000 orang itu turut mengambil kesempatan untuk meraikan harijadi Dr Mahathir yang ke-85 dan Dr Siti Hasmah yang ke-84 yang masing-masing jatuh pada 10 dan 11 Julai. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan