Misteri Kehilangan Nicole Terjawab

Diterbitkan: Sabtu, 10 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kristina bersama anak perempuannya Nicole Soo Siew Qing, 3 tahun selepas dipulangkan oleh suaminya Soo Kian Keong(kanan) di pejabat Biro Aduan MCA di sini pada Selasa. Turut kelihatan Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong dan anak kedua pasangan itu Chean Keat, 9 bulan. Foto Ihsan MCA
Kristina bersama anak perempuannya Nicole Soo Siew Qing, 3 tahun selepas dipulangkan oleh suaminya Soo Kian Keong(kanan) di pejabat Biro Aduan MCA di sini pada Selasa. Turut kelihatan Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong dan anak kedua pasangan itu Chean Keat, 9 bulan. Foto Ihsan MCA

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai kehilangan Nicole Soo Siew Qing akhir bulan lalu akhirnya terjawab apabila bapanya muncul bersama kanak-kanak itu di pejabat Biro Aduan MCA di sini pagi Sabtu.

Soo Kian Keong, 35, ketika ditemui berkata, dia langsung tidak berniat untuk menculik atau menjual anaknya sendiri seperti didakwa oleh isterinya sebelum ini.

Menurutnya, dia mengambil tindakan membawa lari anak perempuannya itu kerana menghadapi masalah rumah tangga yang telah berlarutan sejak beberapa bulan dengan isterinya.

"Mana mungkin saya hendak menjual anak saya sendiri pada orang. Tuduhan itu tidak benar sama sekali.

"Saya membawa lari anak kerana bergaduh dengan isteri dan saya sudah memutuskan untuk bercerai dengannya," katanya pada sidang media di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, dia mengakui mengalami masalah dengan pemungut hutang seperti yang didakwa oleh isterinya tetapi masalah tersebut hampir selesai.

Katanya, dalam tempoh tiga minggu dia membawa 'lari' Nicole, dia dan anaknya berusia tiga tahun itu menumpang di rumah seorang rakannya di sekitar Kuala Lumpur namun enggan menyatakan lokasinya.

"Saya pada mulanya tidak tahu isteri telah melaporkan kepada pihak media kerana jarang membaca akhbar tetapi selepas diberitahu oleh seorang rakan saya tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar sebelum masalah menjadi lebih buruk," katanya.

Akhbar pada Isnin melaporkan Soo Kian telah menghilangkan diri bersama anak perempuannya itu pada 26 Jun lalu dan sejak itu mereka tidak pulang ke rumah sewa mereka di Kelana Jaya.

Isterinya, seorang rakyat Indonesia, Kristina, 34 tahun mendakwa suaminya itu ada bergurau untuk menjual anak mereka itu bagi melangsaikan hutang judi.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Cheong berkata, beliau telah menjelaskan kepada Soo Kian bahawa tindakan membawa lari anaknya itu bukan jalan penyelesaian kepada kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi mereka.

Michael bagaimanapun tidak berjaya memujuk pasangan itu supaya mereka berbaik-baik semula demi kepentingan anak mereka dan Kristina berkeras untuk membawa pulang anak-anaknya ke Indonesia.

Namun kedua-dua pasangan itu bersetuju untuk menjaga anak mereka secara bersama sebelum menfailkan penceraian mereka di mahkamah.

Soo Kian juga bersetuju untuk memberi nafkah sebanyak RM500 sebulan kepada isterinya untuk menyara kedua-dua anak mereka.

"Kristina akan menjaga kedua-dua anak mereka pada Isnin hingga Jumaat manakala pada hujung minggu akan diserahkan kepada suami.

"Mereka juga telah bersetuju untuk bercerai, jadi keputusan ini adalah sementara, mahkamah akan memutuskan kemudian siapa yang berhak ke atas dua anak mereka," katanya.

Pada sidang media itu, pasangan suami isteri itu turut menandatangani surat perjanjian sementara atas persetujuan yang dicapai bagi mengelak sebarang masalah sebelum perbicaraan bermula di mahkamah kelak.

Michael juga turut diamanahkan untuk memegang semua dokumen penting termasuk pasport perjalanan Kristina dan anak-anaknya untuk jaminan keselamatan.

"Pihak biro aduan juga akan melantik seorang peguam untuk mewakili Kristina jika kes itu di dengar di mahkamah nanti," katanya.

Difahamkan, Kristina dan anak-anaknya akan menetap sementara di Rumah Kebajikan Ti-Ratana di Desa Petaling minggu depan setelah dihalau keluar oleh tuan rumah kerana gagal membayar sewa.

Kristina ketika menjawab soalan daripada pihak media menyatakan rasa syukur kerana anaknya selamat namun kecewa kerana terpaksa berpisah sekali lagi dengannya hari ini kerana giliran suaminya untuk menjaga kanak-kanak itu.

"Saya sanggup lakukan apa sahaja untuk anak-anak saya.Saya sanggup jual semua harta di Indonesia untuk mendapatkan anak-anak di pangkuan saya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan