Lesen Pemborong Dan Bekalan Gula Di Sempadan Kelantan Akan Dikurang

Diterbitkan: Sabtu, 10 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengurangkan jumlah lesen pemborong dan bekalan gula di kawasan sempadan Kelantan bagi menangani aktiviti penyeludupan gula.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini terdapat 18 pemegang lesen pemborong gula di kawasan berkenaan, dan jumlah itu dilihat sudah melebihi daripada yang sepatutnya.

"Bekalan gula yang diberikan kepada pemborong itu juga melebihi keperluan 35,000 penduduk di tiga kawasan parlimen yang bersempadanan dengan Selatan Thailand iaitu Parlimen Rantau Panjang, Tumpat dan Jeli," katanya selepas majlis penyampaian Peruntukan Khas Ahli Parlimen kepada 25 pertubuhan bukan kerajaan di sini hari ini.

Beliau berkata keperluan gula bagi penduduk di ketiga-tiga parlimen itu hanya 100 tan metrik sebulan tetapi bekalan yang diberikan kepada pemborong adalah 180 tan metrik.

"Ini bermakna terdapat lebihan 80 tan metrik gula sebulan dan ia akan dikurangkan selain dikurangkan daripada 18 lesen pemborong kepada enam lesen sahaja selepas ini," katanya.

Ismail Sabri berkata setiap kawasan parlimen itu hanya memerlukan satu atau dua lesen pemborong sahaja, dan dengan mengurangkan bilangan pemborong serta bekalan gula, masalah penyeludupan gula ke negara jiran dapat ditangani segera.

Menurutnya KPDNKK akan terus melakukan pemantauan di kawasan berkenaan terutama di kawasan panas seperti Pengkalan Kubur dan sepanjang Sungai Golok, bagi mengawasi aktiviti penyeludupan gula. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan