Isu Pelajar MTD Mati Didera Tidak patut Dipolitikkan

Diterbitkan: Sabtu, 10 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALING: Kes kematian pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) Mohamad Naim Mustaqim Mohd Sobri, 16, yang dipercayai akibat dibuli dan didera pelajar senior baru-baru ini tidak sepatutnya dipolitikkan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengambil semua tindakan yang sewajarnya termasuk menyerahkan kepada pihak polis untuk membawa suspek kes itu ke muka pengadilan serta tindakan menukar seorang pegawai di maktab itu.

Katanya ada pihak yang mahu kes itu dipolitikkan tetapi pihak yang bertanggungjawab seperti ATM sudah bertindak dalam membela masa depan keluarga pelajar itu dan memastikan kejadian serupa tidak akan berulang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Mohamad Naim Mustaqim, di rumah nenek mangsa di Kampung Baru, Siong di sini hari ini.

Ahmad Zahid meluangkan masa hampir sejam berbual dengan bapa dan ibu mangsa, Mohd Sobri Sopian, 41, dan Fauziah Abd Wahab, 45.

Dalam kejadian itu, mangsa ditemui parah akibat dibuli serta sempat diberi rawatan kecemasan di hospital maktab berkenaan sebelum disahkan mati.

Berikutan itu, lima suspek yang terdiri daripada pelajar maktab berkenaan ditahan polis untuk tujuan siasatan.

Kemudian seorang pelajar tingkatan lima maktab itu yang disyaki terlibat mengakibatkan kematian Mohamad Naim Mustaqim disingkir serta-merta daripada pengajiannya manakala empat lagi rakannya digantung pengajian sehingga siasatan kes selesai.

Sementara itu, Mohd Sobri berkata dia berterima kasih atas kesudian Ahmad Zahid menziarahi mereka serta mendengar masalah yang mereka hadapi selepas kejadian menimpa Mohamad Naim itu.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan dan Kementerian Pertahanan yang begitu mengambil berat kejadian itu dan berharap suspek yang ditahan dapat dihadapkan ke muka pengadilan untuk menerima hukuman," katanya.

Sementara itu, Fauziah yang masih trauma dengan kejadian yang menimpa anak sulung dari tiga beradik itu berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mereka salepas kejadian yang menimpa Mohamad Naim Mustaqim. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan