AirAsia Beroperasi Dengan Sistem Tempahan 'New Skies'

Diterbitkan: Sabtu, 10 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, berjaya menyelesaikan pelaksanaan sistem tempahan tiket baharu dan serba modennya, New Skies, lebih awal daripada dijadualkan. Pemindahan sistem daripada 'Open Skies' kepada 'New Skies' yang dijangka selesai pada pukul 6.00 petang, Ahad itu, siap sepenuhnya mulai 3.15 petang tadi, kata AirAsia dalam satu kenyataan.

New Skies diupayakan oleh Navitaire, sebuah anak syarikat penyedia teknologi dan penyelesaian perniagaan peneraju industri, Accenture, katanya.

Apabila sistem tempahan New Skies mengambil alih, pelanggan AirAsia boleh terus membuat tempahan dalam talian menerusi laman sesawang www.airasia.com serta pembelian melalui pejabat-pejabat jualan, kaunter dan pusat panggilan AirAsia.

Semua daftar masuk layan diri melalui laman web, perkhidmatan mudah alih dan kiosk di lapangan terbang juga berfungsi seperti biasa. Begitu juga opsyen urus sendiri dalam talian, seperti menambah berat bagasi daftar masuk, hidangan prapesanan dan pemilihan tempat duduk, kata syarikat itu.

Kathleen Tan, Ketua Komersil Serantau AirAsia, berkata: "Mengatasi jangkaan kami sendiri dan menyiapkan sistem tempahan baharu ini dengan jayanya lebih awal daripada dijadualkan menegaskan lagi komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami.

"Kami mencipta rekod dengan mengambil masa hanya sembilan bulan untuk menyelesaikan pemindahan ini, sedangkan syarikat-syarikat penerbangan utama lain biasanya mengambil masa 18 hingga 24 bulan."

Antara ciri-ciri menarik yang akan dialami oleh pelanggan dalam sistem tempahan New Skies ialah Carian Tambang Murah.

Pelanggan dengan mudah dapat menyemak tambang termurah yang ada mengikut destinasi dan tarikh perjalanan yang mereka pilih.

Sekarang pelanggan AirAsia juga boleh menempah tempat duduk bagi pelbagai bandar dengan satu transaksi, iaitu penumpang yang membuat penerbangan pergi balik dari Perth ke Kuala Lumpur ke Hong Kong, tidak lagi perlu membuat dua tempahan berasingan. Dengan sistem Open Skies, kemudahan ini tidak ditawarkan.

Sistem baharu ini juga berupaya membaca tulisan dalam bahasa Mandarin, Thai, Jepun dan bahasa-bahasa lain.

Ini memudahkan kemasukan lebih banyak kandungan bagi pelanggan-pelanggan AirAsia yang bertutur dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia, dalam usaha berterusan untuk kekal relevan dan berada di hadapan sebagai peneraju industri, tegas kenyataan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan