10 Akhbar Ditegur, Diambil Tindakan Oleh KDN Dalam Enam Bulan Pertama Tahun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 10 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sepuluh penerbitan telah diberi teguran dan diambil tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dari Januari hingga Jun tahun ini kerana melanggar syarat dan perutukan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Penerbitan tersebut ialah Harian Metro, Metro Ahad, Kosmo, Oriental Daily, China Press, Nanyang Siang Pau, Harian Tamil Uthaya Surian, Suara Keadilan, Suara Perkasa dan Harakah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Datuk Zaitun Ab Samad berkata KDN akan mengambil sikap tegas ke atas mana-mana pemilik permit penerbitan dan lesen mesin cetak yang didapati melakukan pelanggaran syarat dan tidak mematuhi peruntukan-peruntukan mengikut akta tersebut.

Beliau berkata KDN juga akan mengkaji dan meneliti prosedur dan garis panduan untuk memantapkan dan meningkatkan keberkesanan serta keseragaman pengurusan media melalui Jawatankuasa Pengukuhan Strategi Komunikasi Kerajaan yang ditubuhkan.

Jawatankuasa itu dianggotai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan