Tun Abdullah Dilantik Pengerusi Kumpulan Tokoh Terkemuka Komanwel

Diterbitkan: Jumaat, 9 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dilantik sebagai pengerusi Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) Komanwel.

Beliau mengetuai kumpulan sembilan tokoh dari negara anggota Komanwel untuk membuat perakuan bagi mengukuhkan persekutuan itu ke arah mencapai potensinya dalam abad ke-21, kata Setiausaha Agung Komanwel Kamalesh Sharma dalam satu kenyataan hari ini.

"Tugas kumpulan ini ialah memastikan bahawa Komanwel akan terus menjadi relevan selain menggunakan semua rangkaian dan perkongsiannya dengan cara yang terbaik," katanya.

Anggota kumpulan itu terdiri pemudah cara perniagaan Patricia Francis (Jamaica), peguam hak asasi Dr Asma Jahangir (Pakistan), pengerusi sementara Kaukus Pemuda Komanwel Samuel Kavuma (Uganda), hakim bersara Michael Kirby (Australia), peguam hak wanita dan kanak-kanak Dr Graca Machel (Mozambique), ahli politik parti Conservative Sir Malcolm Rifkind (United Kingdom), bekas diplomat Sir Ronald Sanders (Guyana), senator Hugh Segal (Kanada) dan Anggota Parlimen Sir Ieremia Tabai (Kiribati).

Machel, bekas Menteri Pelajaran Mozambique, adalah isteri pejuang kemerdekaan Afrika Selatan Nelson Mandela. Kumpulan itu dijadual mengadakan mesyuarat pertamanya di London pada 19 dan 20 Julai ini dan akan membentangkan perakuannya kepada ketua-ketua kerajaan Komanwel pada sidang kemuncak mereka di Perth pada Oktober tahun depan.

EPG ditubuh semasa sidang kemuncak Komanwel di Trinidad and Tobago tahun lepas.

Abdullah tidak asing kepada Komanwel kerana pernah menjadi Menteri Luar dan Perdana Menteri. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan