Program ESQ Yang Didakwa Bercanggah Dengan Hukum Syarak Akan Diteruskan - Berita Semasa | mStar

Program ESQ Yang Didakwa Bercanggah Dengan Hukum Syarak Akan Diteruskan

Diterbitkan: Jumaat, 9 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: ESQ Leadership Center Sdn Bhd akan tetap meneruskan program ESQ sehingga Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa ke atas program motivasi tersebut.

Pengurus Besar ESQ, Marhani Yusof berkata sehingga kini, lima mufti telah memberikan sokongan bahawa program motivasi tersebut iaitu Mufti Perak, Pahang, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian, pada sidang media di Hotel Pan Pacific di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Pengerusi Panel Syariah ESQ, Datuk Mustafa Abdul Rahman dan Penasihat Agama Istana Johor, Datuk Noh Gadot.

Akhbar Berita Harian pada Jumaat melaporkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program motivasi anjuran ESQ kerana ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

Muftinya, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, menandatangani warta yang mengharamkan modul program motivasi itu pada 10 Jun lalu mengikut subseksyen 34 (1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1953, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.

Mengikut warta yang dikeluarkan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 17 Jun lalu, program ESQ yang diasaskan warga Indonesia, Ary Ginanjar Agustin, diharamkan kerana mendukung fahaman liberalisme, iaitu memahami atau mentafsir nas agama (al-Quran dan sunnah) dan fahaman pluralisme yang mengajar semua agama adalah sama.

Mengikut warta itu, kedua-dua fahaman itu adalah sesat dan membawa kepada kekufuran.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan