Pengusaha Industri Perladangan Diminta Lebih Serius Bantu Pekerja

Diterbitkan: Jumaat, 9 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengusaha industri perladangan diminta supaya melaksanakan tanggungjawab sosial korporat mereka dengan lebih serius dan berusaha menangani segala masalah yang dihadapi pekerja masing-masing menerusi pendekatan yang lebih menyeluruh.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk G.Palanivel berkata ketika ini pengurusan estet dilihat mengambil tindakan secara ad hoc bagi menangani sebarang aduan mengenai pelbagai masalah yang dibangkitkan seperti yang berkaitan dengan kediaman para pekerja, keperluan asas, pengurusan sumber, dan kualiti air yang dibekalkan.

"Usaha-usaha pihak pengurusan setakat ini masih belum mencukupi dan tidak memuaskan hati kerana punca sebenar masalah itu dilihat tidak ditangani dengan baik dan masalah yang sama kerap timbul dari semasa ke semasa," katanya kepada Bernama di sini, pada Jumaat.

Palanivel yang juga Timbalan Presiden parti MIC berkata pertengahan bulan ini beliau dan pegawai-pegawai kementerian akan turun melawat ladang-ladang yang menghadapi masalah tersebut dan berbincang dengan pihak pengurusan bagi mencari penyelesaian jangka panjang kepada masalah para pekerja di sektor berkenaan.

Katanya beliau berharap pihak pengurusan akan memberikan kerjasama penuh dalam meningkatkan taraf hidup pekerja selaras dengan dasar negara mewujudkan kualiti hidup yang lebih baik untuk dinikmati semua. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan