Pengetua Sekolah Terbunuh Dalam Kemalangan Di Taiping

Diterbitkan: Jumaat, 9 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang pengetua sekolah dan seorang pemandu lori terbunuh dalam kemalangan berasingan di Taiping dan Kampar, pada Khamis.

Ketua Polis Trafik Perak, Supt Wan Abdullah Ishak berkata, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bayor, Selama, Latifah Ahmad, 49, terbunuh selepas kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh tempat menunggu bas di Km 21.5 Jalan Taiping-Selama pada 4.50 petang.

Ketika kejadian, Latifah sedang dalam perjalanan dari sekolah ke rumahnya di Kamunting.

Dalam kejadian di Km 300.9 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kampar, seorang pemandu lori terbunuh selepas merempuh belakang sebuah lori lain pada 10.30 malam tadi.

Wan Abdullah berkata, Hairul Tahir, 26, berasal dari Batu Pahat, Johor meninggal dunia di tempat kejadian akbiat cedera parah di kepala.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika Hairul, yang membawa lori bermuatan cermin dari arah selatan, dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu merempuh belakang lori yang membawa muatan beras. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan