SPRM Tahan 194 Pemberi Rasuah, 140 Penjawat Awam - Berita Semasa | mStar

SPRM Tahan 194 Pemberi Rasuah, 140 Penjawat Awam

Diterbitkan: Khamis, 8 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 194 orang yang didapati menawarkan rasuah kepada penjawat awam sejak Januari hingga bulan lepas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, mereka yang memberi rasuah kini tidak terlepas daripada tindakan undang-undang, sama seperti penerima rasuah.

Beliau berkata, orang awam yang ditahan kerana kesalahan rasuah juga melibatkan rakyat asing, antaranya dari Bangladesh, Singapura, Vietnam, Sepanyol dan Argentina.

"Antara kesalahan mereka kerana cuba memberi rasuah kerana ketiadaan dokumen perjalanan diri dan ada yang ditahan kerana memberi rasuah kepada anggota polis trafik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Bulan Julai sebagai Integriti Amanahraya' di Wisma Amanahraya di sini hari ini.

Katanya, dalam tempoh yang sama, seramai 140 penjawat awam turut ditahan kerana kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.

"Statistik bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini menunjukkan agensi-agensi penguatkuasa di negeri ini masih terdedah kepada jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

"Bagaimanapun kini orang awam yang ditahan lebih ramai dari penjawat awam, ini mungkin kerana peningkatan integriti dan kesedaran menjauhi rasuah di kalangan penjawat awam," katanya.

Mengenai aktiviti mencegah rasuah di kalangan pekerja di sesebuah organisasi termasuk sektor awam dan swasta diteruskan, SPRM akan menganjurkan kursus 'Sijil Pegawai Integriti' (CIO) yang akan dimulakan pada bulan ini.

Beliau berkata, kursus pertama itu bakal memberi pengetahuan menyeluruh dan teknik terkini mengenai fahaman integriti dalam usaha membanteras rasuah di negara ini.

Katanya, kursus bagi kumpulan pertama itu akan dijalankan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (Maca) selama seminggu pada setiap bulan selama enam bulan.

"Sebelum ini kita meletakkan pegawai kita sebagai CIO di Amanahraya Berhad dan kita dapati langkah itu efektif dalam membudayakan integriti dan meningkatkan sistem perkhidmatan organisasi.

"Justeru kita mengaplikasi langkah itu dengan mengambil dan memilih pegawai-pegawai dari beberapa organisasi termasuk sektor awam dan swasta untuk menjalani kursus tersebut supaya dapat menjadi CIO di organisasi sendiri," katanya.

Beliau berkata, pada pengambilan pertama ini tiada sebarang yuran dikenakan dan kini SPRM sedang meneliti permohonan untuk memilih hanya 30 pegawai dari pelbagai sektor.

Katanya, kursus seumpama itu sudah lama dipraktikkan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan