400 Peneroka Felda Adakan Demonstrasi Bantah Laporan Suara Keadilan

Diterbitkan: Khamis, 8 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Kira-kira 400 peneroka dan generasi kedua Felda seluruh Kelantan mengadakan demonstrasi secara aman menyelar tindakan akhbar Suara Keadilan yang melaporkan Felda bankrap baru-baru ini di Pejabat Felda Wilayah Gua Musang, di sini pada Rabu.

Biar pun telah beberapa hari kenyataan dikeluarkan di akhbar terbabit, namun rasa marah mereka masih membara sehinggakan mereka meminta supaya pihak pengurusan Felda meneruskan tindakan menyaman akhbar terbabit yang didakwa mengeluarkan laporan yang tidak benar serta bakal menjejaskan nama baik Felda di mata dunia dan juga kredibiliti agensi itu yang telah wujud sekian lama membantu golongan miskin.

Timbalan Pengerusi Felda Chiku Tiga, Aziz Abdullah berkata beliau benar-benar kecewa serta marah dengan dakwaan Suara Keadilan yang dianggap cuba mengganggu gugat Felda serta menganggapnya mainan politik pembangkang.

"Banyak manfaat telah diberikan Felda, malahan ia kini telah maju dan dunia sendiri telah mengakui kejayaan Felda.

"Pendapatan diperoleh sepanjang saya berada di Felda begitu membanggakan, kalau Felda bankrap mana mungkin peneroka diberikan wang sara hidup RM1,000 sebulan, anak-anak berjaya ke universiti turut diberikan sumbangan, begitu juga kami peneroka turut diberikan insentif hari raya pada setiap tahun," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Pada hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Felda akan meneruskan tindakan saman sebanyak RM200 juta terhadap akhbar milik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan dan beberapa pemimpin parti itu kerana memfitnah organisasi itu sebagai bankrap setelah tempoh seminggu yang diberikan kepada Suara Keadilan untuk memohon maaf tamat pada Rabu.

Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataan Khamis lalu memberitahu, permit penerbitan Suara Keadilan tidak akan diperbaharui sehingga kementerian menerima penjelasan yang memuaskan berhubung penyiaran beberapa artikel termasuk yang terbaru bertajuk "Felda Bankrap".

Felda juga telah memfailkan saman berjumlah RM200 juta ekoran penyiaran artikel yang didakwa bersifat fitnah tersebut.

Seorang lagi peneroka, Che Omar Che Mat, 58, berkata beliau merasa tersinggung dengan kenyataan terbabit kerana sekiranya Felda bankrap, MRSM Felda untuk anak-anak peneroka tidak dapat dibina, insentif kepada peneroka juga tidak dapat diberikan.

"Jadi sahlah kenyataan dikeluarkan mempunyai maksud menjatuhkan Felda.

Sekiranya pihak pengurusan ingin menyaman Suara Keadilan, sebagai peneroka yang telah banyak menerima manfaat, saya mengalu-alukan hasrat itu," katanya.

Generasi kedua Felda, Addni Abdul Rahman,27, berkata beliau kecewa dengan sikap parti politik yang cuba mempermainkan organisasi Felda yang banyak memainkan peranan membantu generasi kedua sepertinya. Menurutnya sektor pendidikan, sosial dan kebajikan peneroka tidak pernah terabai, segalanya dijaga elok oleh Felda.

"Saya tidak menjangkakan akan memperoleh sekiranya tinggal di luar Felda, segalanya terjaga, kalau bankrap, Felda tidak akan membantu pendidikan anak peneroka dengan menyediakan tuisyen," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan