UMT Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Kepada Tun M

Diterbitkan: Rabu, 7 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains sempena Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke lapan pada 25 dan 26 Julai ini.

Naib Censelor UMT, Prof Dr Aziz Deraman berkata, anugerah tersebut diberikan kepada mantan perdana menteri itu sebagai menghargai jasa dan peranan beliau kepada negara selama ini.

"Majlis penganugerahan kepada Tun Dr Mahathir itu merupakan satu peristiwa penting dan bermakna bagi UMT.

"Walaupun Tun tidak dapat hadir pada majlis konvokesyen berkenaan, kita akan mengadakan majlis konvokesyen khas bagi menyampaikan anugerah itu pada penghujung tahun ini," katanya ketika berucap pada majlis Malam Mesra Bersama media 2010 di sini malam Selasa.

Sementara itu, Aziz berkata UMT memperuntukkan kira-kira RM339 juta bagi membangunkan universiti itu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Katanya, antara projek yang sudah siap pada akhir bulan lepas ialah bangunan Pusat Kesihatan dan Pusat Kegiatan Pelajar berharga RM23 juta, dilengkapi dengan kemudahan klinik pesakit luar, klinik pergigian, kemudahan farmasi, unit kecemasan, kuarantin, wad dan kemudahan x-ray.

Menurutnya, lain-lain kemudahan yang terdapat di bangunan itu seperti ruang perbankan, ruang perniagaan dan kafetaria serta dataran aktiviti pelajar.

Aziz berkata, tranformasi fizikal UMT juga turut melibatkan pembinaan kompleks sukan berharga RM40 juta yang dijangka siap sepenuhnya pada akhir bulan ini.

Katanya, kompleks itu dilengkapi dengan dewan tertutup yang mengandungi lima gelanggang badminton, dua gelanggang skuasy, gymnasium dan pejabat pengurusan.

"Apa yang lebih menarik kompleks itu menyediakan komponen seperti padang permainan yang mengandungi gelanggang tenis, bola tampar, bola jaring, bola keranjang dan sepaktakraw di mana UMT berhasrat untuk berkongsi fasiliti itu dengan masyarakat sekitar," katanya.

Beliau berkata, UMT juga satu-satunya universiti di negara ini yang mempunyai kapal penyelidik dan latihannya sendiri yang diberi nama RV Discovery yang berharga RM12 juta.

Ia mempunyai pelbagai kelengkapan seperti makmal bagi kemudahan kajian oseanografi dan kapal itu akan dilancarkan sedikit masa lagi, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan