PR Untuk Pelajar Asing Bantu Pembangunan Negara - Khaled

Diterbitkan: Rabu, 7 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan untuk memberi taraf permastautin tetap (PR) kepada pelajar asing yang cemerlang bertujuan menggunakan kepakaran dan ilmu mereka dalam pembangunan negara dan pelajar tempatan.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata hasrat kerajaan itu sepatutnya difahami semua pihak yang berkenaan.

"Kita nak semua orang faham kita mahu mereka dan kekalkan otak mereka, inilah yang digunakan semua negara pada masa kini untuk maju.

"Atas sebab itu kalau kita lihat juga untuk sektor pengajian tinggi kita menetapkan syarat bagi setiap universiti sekurang-kurangnya ada 20 peratus tenaga pengajar dari luar negara kerana apa? (agar) Ilmu yang dia ada boleh disumbangkan kepada pelajar kita," katanya hari ini.

Beliau yang ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra bersama pelajar-pelajar baru Orang Kurang Upaya Universiti Malaya di sini diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang antara lain memetik beberapa pihak membantah cadangan itu.

Langkah itu juga kata beliau merupakan satu insentif untuk menarik lebih ramai khidmat pakar asing ke negara ini.

Malah kata Mohamed Khaled pendekatan serupa diambil oleh negara-negara lain seperti Singapura yang menawarkan pelbagai insentif kepada pakar dan ilmuan yang berasal dari negara lain termasuk Malaysia.

"Kita berhadapan dengan persaingan untuk mendapatkan 'the best brain', orang lain akan ambil...macam juga orang ambil kita punya 'talent'. Kita kena terima hakikat kita berada dalam zaman ekonomi berasaskan pengetahuan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan