Najib Rasmi MRSM Felda Termoden Di Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 7 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SLIM RIVER: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang termoden dan tercanggih di negara ini, MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak yang terletak di Feldajaya Trolak Utara di Sungkai dekat sini.

Perasmian institusi bernilai RM123 juta di tapak seluas 25 hektar itu yang merupakan institusi pendidikan pertama dalam kawasan tanah rancangan Felda dilakukan sempena sambutan Hari Peneroka 2010 yang berlangsung di perkarangan maktab itu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Felda Tan Sri Dr Yusof Noor.

Lebih 10,000 peneroka dari tanah rancangan Felda seluruh negara menghadiri majlis itu yang berupa sambutan Hari Peneroka yang terbesar pernah diadakan.

MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak boleh menampung kapasiti 1,050 pelajar iaitu 210 pelajar bagi setiap tingkatan pada satu-satu masa.

Program pembelajaran 'International Baccalaureate' ditawarkan di MRSM Felda sebagai persediaan pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara di mana program tersebut menggalakkan pelajar menjadi lebih interaktif, celik minda dan kreatif dalam mengharungi dunia globalisasi.

Dasar pengambilan pelajar ke MRSM Felda berkenaan adalah 80 peratus daripada kalangan anak-anak warga Felda manakala 20 peratus lagi daripada kalangan anak-anak awam.

Pembinaan MRSM Felda yang dilengkapi blok kediaman, dewan kuliah, dewan utama, perpustakaan, makmal, bengkel, rekreasi dan masjid itu merupakan maktab yang ke-37 ditubuhkan oleh Mara dan merupakan cetusan minda Perdana Menteri sendiri.

Ekoran saranan Najib itu, termeterai satu perjanjian yang diberi nama Perjanjian Kerjasama Antara Mara dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada 30 Mac 2007 dan MRSM Felda merupakan MRSM yang kelima dibina di Perak.

Felda menampung perbelanjaan bagi pengurusan dan kemudahan fizikal seperti bangunan dan kelengkapan yang sesuai mengikut spesifikasi Mara di samping membayar elaun pelajar daripada kalangan anak Felda, menyediakan bahan pengajian serta bahan-bahan makmal.

Penubuhannya bertujuan memberi peluang kepada anak peneroka Felda untuk meningkatkan kualiti pendidikan mereka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju, produktif dan lebih berdisiplin. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan