Media Bebas Kritik Kerajaan Tanpa Unsur Fitnah - PM - Berita Semasa | mStar

Media Bebas Kritik Kerajaan Tanpa Unsur Fitnah - PM

Diterbitkan: Rabu, 7 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Media bebas melaporkan pelbagai berita termasuk mengkritik pentadbiran kerajaan asalkan mempunyai asas yang benar tanpa mengandungi unsur fitnah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laporan berita berunsur fitnah dan tidak benar hanya akan menyumbang kepada kemusnahan pemikiran dan nilai murni di kalangan masyarakat.

"Kalau sebut kelemahan (kerajaan) kita terima asalkan cerita itu benar, ada kredibiliti dan berintegriti... bukan cerita karut-mengarut, dusta, fitnah ataupun rekaan, tapi kebenaran.

"Tapi kalau kata sesuatu yang tidak benar, kita merosakkan akal budi dan pemikiran masyarakat kita," katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Karangkraf Peduli dan Pelancaran Akhbar Sinar Harian Nasional di sini, Selasa.

Menurut Perdana Menteri lagi, jika nilai murni di kalangan masyarakat dirosakkan dengan pelbagai laporan berita yang tidak bertanggungjawab, ia akan menghalang usaha kerajaan untuk memajukan negara.

"Kalau kita merosakkan bangunan atau jalan kita boleh baiki, tapi merosakkan budi dan nilai masyarakat kita... padah kesannya.

"Kita tak mungkin dapat menjadi negara yang kuat dan hebat," katanya.

Tambah beliau semua pengamal media diingatkan supaya lebih beretika semasa menjalankan tugas bagi membantu kerajaan membina nilai murni di kalangan masyarakat di bawah Gagasan 1Malaysia.

"Jangan buat pembohongan, jangan reka cerita, jangan buat fitnah... laporan Felda Bangkrup itu fitnah," katanya.

Selain itu dalam ucapannya Najb turut memuji akhbar Sinar Harian yang kini dipasarkan di seluruh semenanjung Malaysia termasuk yang terbaru bagi edisi Johor kerana menyiarkan berita yang telus dan seimbang.

"Saya akui beritanya kadang-kadang lebih ke sana (pembangkang), kadang-kadang lebih kita... tapi saya harap lebih (kepada) kita sikit," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan