MCA Perlukan Masa Untuk Kembali Kuat - Tiong Lai

Diterbitkan: Rabu, 7 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu memerlukan sedikit masa lagi untuk pulih sepenuhnya daripada krisis dalaman yang melanda hampir setahun setengah.

Beliau berkata buat masa ini perpaduan di antara anggota dan pemimpin semakin kuat namun usaha merancakkan semula program pada peringkat akar umbi perlu dilaksanakan bagi mengembalikan kekuatan parti.

"Kita tahu pertelingkahan dalaman yang berlaku lebih setahun dulu telah melemahkan parti menyebabkan ramai anggota-anggota kita telah lemah semangat dan kurang komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Justeru sekarang ini kita sedang menumpukan untuk membantu anggota-anggota peringkat bahagian dan cawangan agar mereka lebih berkesan dalam memberikan perkhidmatan dan menaikkan semangat mereka," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Liow yang juga Menteri Kesihatan berkata pelbagai langkah dan program untuk memperkukuhkan parti telah dikenal pasti dan akan dilaksana pada paringkat cawangan di seluruh negara.

Ia termasuk mewajibkan semua anggota MCA mendaftarkan diri sebagai pemilih di kawasan masing-masing, katanya.

"Pada masa ini 15 peratus anggota kita belum mendaftar sebagai pemilih dan ini perlu kita laksanakan dan kita juga perlu berinteraksi dengan belia-belia dalam parti untuk memastikan mereka memahami perjuangan parti dan Barisan Nasional," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai demam denggi, Liow berkata jumlah kematian akibat penyakit itu semakin meningkat serta membimbangkan, dan sehingga Ahad lepas sebanyak 81 kes dicatatkan berbanding 62 bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Bagi tempoh yang sama sebanyak 24,240 demam denggi dilaporkan berbanding 25,234 kes tahun lepas.

"Walaupun daripada jumlah kes menurun tapi masalah peningkatan jumlah kematian akibat demam denggi amat serius dan membimbangkan serta memerlukan perhatian yang serius terutama dari rakyat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan