Kerja Komuniti Untuk Pesalah Ringan Mulai Bulan Depan

Diterbitkan: Rabu, 7 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Mulai bulan depan, pesalah yang dikenakan hukuman penjara kurang dari tiga bulan akan dibenarkan melaksanakan hukuman alternatif dengan melakukan kerja komuniti harian di samping boleh terus menanggung keluarga mereka seperti biasa.

Kategori pesalah itu akan menjalani kerja amal tersebut selama empat jam sehari di 55 Pusat Kehadiran Wajib (PKW) yang dikendalikan oleh Jabatan Penjara sepanjang tempoh hukuman mereka, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop.

"Dengan adanya program ini, pesalah tak perlu lagi jalani hukuman di dalam penjara, sebaliknya mereka perlu buat kerja amal contohnya membersihkan rumah orang-orang tua dan kanak-kanak spastik di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dikawal oleh pegawai seliaan pusat itu," katanya kepada pemberita di Maktab Penjara Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata selain mengurangkan kesesakan dalam penjara, program itu dilihat dapat mengurangkan kos kerajaan dalam menanggung pesalah-pesalah sekiranya ditempatkan dalam penjara.

Katanya, pelaksanaan program tersebut bermula apabila mahkamah menjatuhi hukuman untuk hadir ke pusat itu sebagai alternatif hukuman penjara menggunakan Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954.

Abu Seman berkata, pesalah perlu melaporkan diri di PKW di mana tempat kesalahan dilakukan, sebelum dipindahkan ke PKW yang berdekatan kediaman masing-masing.

"Contohnya kalau pesalah buat salah di Johor tetapi tinggal di kawasan Selangor, jadi dia kena lapor diri di PKW Johor dulu sebelum PKW Johor pindahkan mereka ke PKW berdekatan rumah mereka," katanya.

Beliau berkata, sekiranya pesalah mengampil kesempatan melarikan diri, hukuman asal penjara kurang tiga bulan akan dikenakan ke atas mereka.

Abu Seman berkata, program itu kini dalam semakan terakhir bagi perwartaan PKW oleh Kementerian Dalam Negeri manakala Perintah Kehadiran Wajib telah diluluskan pihak Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Katanya, kementerian telah meluluskan bajet sebanyak RM2.3 juta untuk tahun ini untuk digunakan bagi tujuan perbelanjaan mengurus dan pemantauan program tersebut.

Beliau sebelum itu merasmikan majlis perbarisan tamat latihan kursus menengah pengurusan yang melibatkan seramai 106 pegawai penjara, bermula 29 Mac lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan