Elaun Pengurus Jenazah Di Terengganu Naik

Diterbitkan: Rabu, 7 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 700 pengurus jenazah di negeri ini serta pembantu mereka, bakal menikmati kenaikan elaun tidak lama lagi.

Elaun pengurus jenazah akan dinaikkan kepada RM100 berbanding RM60 sebelum ini, sementara elaun pembantu pula dinaikkan kepada RM50 bagi setiap jenazah.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Muhammad Ramli Nuh berkata, kenaikan itu telah dipersetujui jawatankuasa mubaligh dalam mesyuaratnya semalam.

"Ia akan dibawa kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) untuk diluluskan," katanya kepada pemberita selepas majlis Penghargaan Peserta Berdikari Program Jaya Diri Parlimen Kuala Nerus di sini, hari ini.

Beliau berkata langkah itu adalah sebagai menghargai khidmat pengurus jenazah serta pembantunya.

Selain itu, ia juga sebagai galakan kepada masyarakat supaya mengambil berat tentang mandi jenazah kerana perkara itu adalah fardu Kifayah bagi umat Islam, katanya.

Sementara itu, mulai tahun ini, Maidam akan menaikkan kadar bantuan zakat kepada fakir miskin kepada RM350 berbanding RM200 bagi setiap penerima, yang membabitkan peruntukan sebanyak RM13 juta.

"Kerajaan sentiasa memikirkan tentang cara bagaimana untuk membantu rakyat, sebab salah satu keutamaan kerajaan ialah membasmi kemiskinan, terutama mereka (yang berada) di tahap berpendapatan rendah," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan