Carrefour Malaysia dan Singapura Nafi Tutup Cawangan

Diterbitkan: Rabu, 7 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Carrefour Malaysia dan Singapura berkata hari ini berkata perniagaannya dijalankan seperti biasa di semua cawangannya di sini dan republik tersebut.

Menafikan penutupan kedai di Malaysia dan di Singapura, pasaraya hyper itu berkata empat cawangan Carrefour telah dibuka untuk perniagaan di Malaysia tahun ini dan empat lagi dijadualkan dibuka menjelang akhir tahun.

Carrefour berkata demikian dalam satu kenyataan berhubung laporan berita baru-baru ini bahawa ia kini dalam peringkat awal penjualan unit-unitnya di Malaysia, Thailand dan Singapura yang akan mengumpulkan sebanyak US$1 bilion, serta merancang untuk menutup operasinya di negara-negara ini. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan