Budaya Buli Tidak Berlaku di UUM - Dr Mustafa - Berita Semasa | mStar

Budaya Buli Tidak Berlaku di UUM - Dr Mustafa

Diterbitkan: Rabu, 7 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) memberi jaminan budaya buli tidak diamalkan pelajarnya dan meminta ibu bapa kepada pelajar baru agar tidak bimbang kegiatan tersebut akan menimpa anak mereka.

Naib Canselornya Prof Dr Mustafa Ishak berkata UUM akan mengenakan tindakan tegas termasuk menyingkirkan pelajar yang terlibat dalam kegiatan membuli sekiranya menerima aduan.

Bagaimanapun pihak pengurusan universiti tetap bersedia menangani budaya buli baik menerusi fizikal mahupun mental, katanya kepada pemberita, di sini pada Rabu.

Beliau yang sebelum itu menyampaikan amanat kepada 4,667 pelajar baru UUM berkata universiti tersebut juga mengamalkan pendekatan yang tegas berhubung soal disiplin.

Mengenai usaha menjadikan UUM sebuah universiti pengurusan yang diiktiraf di peringkat dunia, Mustafa berkata masih ada ruang untuk universiti itu mencapai matlamat tersebut.

Katanya walaupun baru berusia 26 tahun, UUM tetap mendapat keyakinan masyarakat antarabangsa yang dapat dilihat menerusi jumlah pelajar antarabangsa yang meliputi 10 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar.

Bagi mempercepatkan proses pengiktirafan tersebut, UUM mensasarkan 60 peratus pensyarahnya memiliki kelulusan doktor falsafah (PhD), selain meningkatkan pengambilan pelajar asing sehingga 20 peratus, serta memastikan 10 peratus daripada pensyarahnya adalah tenaga asing.

Kesemuanya kita jangka dapat dicapai dalam masa beberapa tahun lagi, kata beliau. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan