870,630 Pembayar Cukai Terlebih Bayar RM10 Bilion Pada 2009

Diterbitkan: Rabu, 7 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 870,630 pembayar cukai telah terlebih membayar cukai pendapatan berjumlah kira-kira RM10 bilion pada tahun 2009, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman di Dewan Rakyat, Selasa, 836,444 pembayar cukai telah terlebih bayar dengan nilai RM8.6 bilion pada 2008 manakala 654,605 pembayar cukai terlebih bayar sejumlah RM5.4 bilion pada 2007.

Pada 2006, seramai 291,315 pembayar cukai pula melibatan bayaran cukai berlebihan RM4.3 bilion.

Awang Adek berkata, pada tahun lalu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) masih belum membuat bayaran balik kepada 150,757 pembayar cukai.

LHDN turut tidak membuat bayaran semula kepada 76,960 tafsiran cukai pendapatan pada 2008 dan 58,633 lagi pada tahun sebelumnya.

Semua pembayaran cukai akan disimpan di dalam Dana Disatukan, katanya.

Menjawab satu lagi soalan daripada Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr Marcus Mojigoh, Awang Adek berkata, adalah sukar untuk menyediakan perangkaan membabitkan mereka yang tidak dapat dikesan untuk membuat pembayaran semula.

“Bagi mereka yang telah membuat e-filing akan mendapat pembayaran semula dalam tempoh sebulan,” katanya.

Beliau menambah, hampir 95 peratus daripada 270,835 pembayar cukai yang menggunakan perkhidmatan e-filing bagi lima bulan pertama tahun ini boleh mendapat bayaran balik dalam tempoh sebulan.

Menurut Awang Adek, mereka yang menfailkan pengembalian cukai secara manual akan mendapat bayaran semula berkenaan dalam tempoh tiga bulan.

“Terdapat kira-kira 3.5 juta pembayar cukai, namun hanya 2 juta yang aktif membayar cukai,” tambahnya lagi.

Perunding cukai SCS Global Consulting (M) Sdn Bhd, Harvinder Singh berkata, kebarangkalian pembayar cukai membuat bayaran cukai berlebihan kepada LHDN berikutan mereka terpaksa membayar lebih tinggi bagi jadual pemotongan cukai lebih tinggi berbanding daripada jumlah cukai yang perlu dibayar.

Beliau berkata, pembayar cukai individu turut mengalami pemotongan cukai yang tinggi yang terdiri daripada pengecualian cukai seperti pembelian komputer, buku-buku, insurans dan perbelanjaan perubatan.

Sementara itu, seorang perunding cukai yang enggan mendedahkan namanya berkata, lebihan bayaran cukai merupakan di kalangan pesara yang mengisytiharkan dividen-dividen yang diterima daripada pemilikan saham sebagai pendapatan mereka.

“Mereka yang menerima dividen perlu memaklumkan jumlah yang diterima pada akhir tahun tafsiran cukai pendapatan dan kemudian mereka boleh menuntut bayaran balik daripaa cukai-cukai yang telah dipotong oleh LHDN,” ujar Awang Adek.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan