Umno Bukan Parti Memuja Pemimpin - Mustapa

Diterbitkan: Selasa, 6 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JELI: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata Umno bukan sebuah parti primadona yang berkonsepkan pemujaan terhadap seseorang pemimpin tetapi berjuang atas dasar parti dan masa depan bangsa Melayu.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata parti yang berjuang atas dasar pemujaan terhadap seseorang pemimpin tidak akan kekal lama.

"Malah, ia akan mudah hilang pengaruh apabila tiba masanya menyebabkan anggotanya berpaling tadah kepada Umno atau Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Umno empat peringkat di Kompleks Umno Bukit Nangka, dekat sini, malam tadi.

Mustapa yang juga Ketua Umno Bahagian Jeli, berkata gabungan parti dalam pakatan pembangkang, seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP adalah rapuh dan bukan merupakan ikatan yang kuat.

"Tetapi oleh kerana rakyat terlalu terpengaruh dengan emosi politik ketika itu (pilihan raya umnum 2008) menyebabkan rakyat menolak Umno atau BN.

"Tetapi kini keadaan ternyata berubah apabila ramai pemimpin atau wakil rakyat daripada parti pakatan pembangkang itu mula berpaling tadah dan hilang kepercayaan dengan pemimpin tertinggi mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan