Tren Elektrik KL-Ipoh Beroperasi Bulan Ini

Diterbitkan: Selasa, 6 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang dijangka menjimatkan masa perjalanan antara Ipoh ke Kuala Lumpur daripada tiga jam kepada dua jam akan beroperasi pertengahan bulan ini.

Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Dr Aminuddin Adnan bagaimanapun tidak menyatakan tarikh pelancaran perkhidmatan yang bergerak pada kelajuan 140 km sejam itu.

Beliau berkata KTMB mensasarkan pengguna daripada golongan profesional dan ahli perniagaan, selain pengguna pengangkutan awam sedia ada.

"Dengan kelajuan yang tinggi 140kmj, kita akan mengurangkan masa perjalanan dan menjimatkan masa. Perkhidmatan pramugari dan pramugara yang disediakan dapat memberi keselesaan dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna.

"Pada masa akan datang, kami akan sediakan wifi dan kami sedang mendapatkan 'service provider' untuk menyediakan perkhidmatan itu," katanya kepada Bernama di sini.

Buat permulaan, perkhidmatan ETS akan beroperasi dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan ia akan diperluaskan ke Seremban.

Aminuddin berkata lima set tren yang telah menjalani ujian statik merangkumi sistem enjin serta kelengkapan lain itu, akan menyediakan perkhidmatan 16 perjalanan satu hari, iaitu lapan perjalanan pergi dan lapan perjalanan balik dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

Beliau berkata operasi ETS pula akan bermula seawal pukul 5 pagi, dan tren terakhir adalah pada pukul 11 malam.

"Mengenai harga, kami masih menunggu kelulusan daripada kementerian pengangkutan dan kami mensasarkan harga mungkin dalam lingkungan RM30 hingga RM35 untuk satu perjalanan," katanya.

Aminuddin berkata KTMB telah menyediakan sistem penyelenggaraan yang lebih terancang supaya ia tidak mengalami masalah yang sama seperti perkhidmatan tren sebelum ini.

"Sistem elektrik ini lebih senang diselenggara. Kami harap dapat sediakan perkhidmatan yang cekap dan tidak akan menghadapi masalah seperti yang kita hadapi untuk perkhidmatan komuter dan inter-city," katanya.

Setiap unit tren dilengkapi kemudahan litar tertutup pada setiap gerabak bagi mengawasi keselamatan penumpang, selain boleh membawa 350 penumpang pada satu-satu perjalanan.

Syarikat telah memulakan ujian dua set pertama ETS yang diserahkan pada Disember tahun lepas dan Januari 2010, yang terdiri daripada tren enam koc setiap satu daripada pengeluarnya, Hyundai Rotem di Changwon, Korea Selatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan