T'ganu ambil Langkah atasi Masalah Bayi

Diterbitkan: Selasa, 6 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Kerajaan Terengganu memberi perhatian serius dan berusaha mengambil langkah mengatasi atau mengurangkan masalah kelahiran anak tidak berbapa di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri Yahya Khatib Mohamad berkata kerajaan Terengganu akan meningkatkan langkah pencegahan bibit-bibit masalah itu daripada peringkat awal dengan mengadakan kursus dan motivasi yang menekankan nilai-nilai keagamaan.

"Program motivasi atau kursus kepada remaja telah diadakan sebelum ini dan ia akan ditambah nilai pada program pada masa depan dengan memasukkan aspek keagamaan dan keIslaman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jejak Gemilang Murid Terbilang anjuran Yayasan Terengganu di Sekolah Menengah Pengkalan Berangan di sini, pada Selasa.

Yahya berkata kursus-kursus yang akan diadakan itu perlu mendapat kerjasama semua pihak seperti polis, Jabatan Agama Islam selain ibu bapa remaja itu sendiri.

"Kita kena duduk semeja bagi membincangkan masalah anak-anak ini. Dengan cara itu kita dapat membendung atau mengurangkan masalah yang kian merebak sekarang," katanya.

Baru-baru ini, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah bertitah negara sedang berdepan krisis moral yang membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa.

Berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan