PKR Kena Hadapi Undang-Undang Kalau Terus Terbitkan Suara Keadilan

Diterbitkan: Selasa, 6 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menanggung implikasi undang-undang sekiranya parti itu bertindak menerbitkan akhbar Suara Keadilan yang permit penerbitannya sudah tamat.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Zaitun Ab Samad berkata: "Kalau beroperasi tanpa lesen, mereka perlu menanggung risiko dikenakan tindakan."

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR, Tian Chua bahawa penerbitan akhbar itu akan diteruskan walaupun permohonan untuk memperbaharui permit akhbar itu belum mendapat jawapan KDN.

Tian Chua dipetik akhbar dalam talian Malaysiakini semalam sebagai berkata, PKR akan meneruskan penerbitan akhbar itu kerana kerajaan masih tidak memberikan sebarang perkembangan atau kedudukan sebenar kes tersebut.

Akhbar itu telah menerbitkan sebuah artikel "Felda Bankrap" yang dianggap berunsur fitnah.

Pada 28 Jun, KDN memberi tempoh seminggu kepada sidang redaksi akhbar untuk memberi penjelasan mengenai artikel itu.

Akhbar itu juga sebelum itu diberi surat tunjuk sebab sebanyak tiga kali iaitu pada Januari, Februari dan April tahun ini dan dilaporkan akhbar itu menjawab pada 29 Jun lalu tetapi KDN tidak berpuas hati.

Zaitun sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa permit penerbitan Suara Keadilan yang dikeluarkan pada Julai tahun lepas tamat pada 30 Jun tahun ini dan dengan itu tidak lagi boleh dicetak atau diterbitkan mengikut Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Sementara itu ketika ditanya pendirian kementerian berhubung isu akhbar Suara Perkasa, beliau berkata perjumpaan seterusnya dengan pihak akhbar itu akan diadakan esok.

"Sebarang tindakan akan ditentukan selepas kami bermesyuarat esok," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan